Jom Kenali ITZY , Kumpulan Wanita K-pop Terbaru Dari JYP Entertainment

Jom Kenali ITZY , Kumpulan Wanita K-pop Terbaru Dari JYP Entertainment
Jom Kenali ITZY , Kumpulan Wanita K-pop Terbaru Dari JYP Entertainment
sumber : Twitter @ITZYofficial

Jom Kenali ITZY , Kumpulan Wanita K-pop Terbaru Dari JYP Entertainment | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahun 2019 bakal menyaksikan banyak kumpulan K-pop lelaki dan wanita dari pelbagai agensi. Baru sahaja me-release-kan album single yang pertama pada minggu lalu, JYP Entertainment memperkenalkan kumpulan ITZY dengan album single yang berjudul "It'z Different". Untuk pengetahuan anda, JYP Entertainment adalah syarikat yang melahirkan ramai bintang terkemuka di Korea seperti Wonder Girls, 2PM, GOT7, TWICE dan Stray Kids. Mari kita kenali kumpulan ITZY dan anggota kumpulannya. 

Jom Kenali ITZY , Kumpulan Wanita K-pop Terbaru Dari JYP Entertainment
sumber : Twitter @ITZYofficial

Nama ITZY membawa maksud "to have" dalam bahasa Korea yang membawa maksud kumpulan tersebut memiliki "segala yang anda (peminat) mahu." . ITZY dianggotai oleh lima (5) gadis  cantik iaitu Yeji, Lia, Ryujin, Chaeryeong, dan Yuna. Mari kita kenali lebih dekat bersama lima anggota ITZY

YEJI
Nama Pentas : Yeji (예지)
Nama : Hwang Yeji (황예지)
Tarikh Lahir : 26 Mei 2000 (18 tahun)
Tinggi : 170cm

LIA
Nama Pentas : Lia (리아)
Nama : Choi Jisu (최지수)
Tarikh Lahir : 21 Julai 2000 (18 tahun)
Tinggi : 168cm

RYUJIN 
Nama Pentas : Ryujin (류진)
Nama : Shin Ryujin (신류진)
Tarikh Lahir : 17 April 2001 (17 tahun)
Tinggi : 165cm


CHAERYEONG
Nama Pentas : Chaeryeong (채령)
Nama : Lee Chaeryeong (이채령)
Tarikh Lahir : 5 Jun 2001 (17 tahun)
Tinggi : 168cm


YUNA
Nama Pentas: Yuna (유나)
Nama : Shin Yuna (신유나)
Tarikh Lahir : 9 Disember 2003 (15 tahun)
Tinggi : 170cm

It'z Different
It'z Different merupakan album single pertama dari ITZY. Album single ini di-release-kan pada 12 Februari 2019. Ia menampilkan dua buah lagu iaitu 'DALLA DALLA (달라달라)' dan 'WANT IT?'. Lagu DALLA DALLA telah dipilih sebagai single pertama untuk mempromosikan album single ini. DALLA DALLA atau dalam bahasa melayunya 'berbeza' ini merupakan ciptaan GALACTIKA dan Athena.

Jom Kenali ITZY , Kumpulan Wanita K-pop Terbaru Dari JYP Entertainment
Kulit album single pertama ITZY, "It'z Different".


Muzik video DALLA DALLA telah dikeluarkan pada 11 Februari 2019 tepat jam 12.00 tengah malam. Muzik video tersebut telah mendapat 14 Juta tontonan di YouTube, sekaligus menjadikan ia muzik video paling tinggi ditonton (untuk lagu debut) untuk kategori kumpulan K-pop. First time Momi dengar rasa 'okay' sahaja tapi bila ulang banyak kali, okay 'I love it!'. Jom tengok muzik video tersebut :


Tak sabar rasanya nak tunggu apa konsep seterusnya yang ITZY akan bawa untuk next 'comeback'. Pastinya meletops! hehe.

Post a Comment

0 Comments