KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini Momi menghadiri sebuah konsert yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada Sabtu 12 Januari 2019. Konsert tersebut merupakan konsert pertama kumpulan Sabyan Gambus di Malaysia yang berjudul KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

Mengenai Sabyan Gambus
Kumpulan nasyid Sabyan Gambus dari negara jiran (Indonesia), mula ditubuhkan pada tahun 2015, terdiri dari enam orang ahli. Mereka adalah Khoirunnisa atau Nissa,19 (vokalis), Ahmad Fairuz (Ayus) keyboard, Sofwan Yusuf atau Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh (Tebe) biola, dan Anisa Rahman (backing vokal).

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

Sabyan Gambus menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran dinyanyikan kembali oleh mereka yang berjudul "Deen As Salam" mendapat perhatian di saluran Youtube. Setakat ini sebanyak 190 juta tontonan dan lagu ini sentiasa mendapat putaran lagu diradio-radio Malaysia mahupun dinegara asal mereka. Bukan itu sahaja, lagu lain seperti Ya habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman dan Ya Asyiqol turut mendapat ratusan juta pendengar di laman youtube.

Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019
MHH Laguna Sdn. Bhd mengambil langkah berani dengan menganjurkan “Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019”. Acara konsert selama 3 jam yang akan menampilkan persembahan pembukaan oleh kumpulan nasyid terkenal Malaysia, UNIC serta The Helmies (Heliza Helmi & Hazwani Helmi). Manakala Sabyan Gambus  menyampaikan keseluruhan 12 buah lagu sepanjang malam termasuk lagi "Deen As Salam" dan "Ya Maulana". Istimewa pada malam konsert yang julung kali dianjurkan di Malaysia, Sabyan turut memperkenalkan single terbaharu mereka berjudul ‘Sukron Lillah’.

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

Menurut Nisa, dia rasakan satu permulaan yang amat  baik kerana seawal 2019 ini Sabyan telah pun mengadakan satu konsert berskala besar seperti ini di luar Indonesia. Kami berharap peminat berpuashati dengan persembahan dari Sabyan. Persembahan Sabyan Gambus secara ‘live’ nyata memukau dan mampu menarik 4000 penonton membanjiri stadium.

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

Senarai Lagu KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019 : 
1. Nassim
2. Ahmad Ya Habibi
3. Ya Asyiqol medley Ya Habibal
4. El Oum
5. Deen As Salam
6. Sukron Lillah
7. Lawkan Bainana
8. Atuna
9. Jamalu
10. Ya Maulana
11. Allahumma Labbaik
12. Kun Anta

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019
KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

Terima kasih Sabyan Gambus diatas persembahan yang hebat dan terbaik untuk kami rakyat Malaysia. Pastinya kami akan merindui Sabyan Gambus disini. Nanti datang lagi ke Malaysia ya! Jangan lupa ikuti perkembangan Sabyan Gambus di Instagram.

Photo credit : SEENGRAPHY


Post a Comment

0 Comments