Red Velvet Kembali Dengan "RBB" !

Red Velvet Kembali Dengan "RBB" !
Red Velvet Kembali Dengan "RBB" !
Red Velvet Kembali Dengan "RBB" ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Kumpulan Wanita K-pop, Red Velvet kembali buat kali ketiga untuk tahun 2018 dengan mini album terbaru mereka, "RBB (Really Bad Boy)". Mini album kelima dari Red Velvet ini telah dikeluarkan pada 30 November yang lalu bersama muzik video lagu "RBB (Really Bad Boy)". Muzik video tersebut telah mencatat rekod Red Velvet dengan muzik video paling banyak ditonton dalam masa 24 jam dengan 7.5 juta.


Mini album "RBB" ini memuatkan 6 buah lagu termasuk lagu "RBB (Really Bad Boy)", "Butterflies", "So Good", "Sassy me", "Taste" dan versi bahasa inggeris RBB. Single utama dalam mini album ini, "RBB (Really Bad Boy)" merupakan lagu berentak R&B pop dance track dengan melodi yang catchy. Rasanya peminat Kpop pasti tahu yang Red Velvet sering tampil dengan muzik yang berlainan untuk comeback mereka. Menurut AllKpop, mini album ini telah menduduki tempat pertama iTunes di 17 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Singapura. 

Red Velvet Kembali Dengan "RBB" !
Irene, Yeri, Seulgi, Joy, Wendy

Untuk pengetahuan anda, Red Velvet adalah sebuah kumpulan Wanita Kpop yang debut dibawah SM Entertainment pada tahun 2014. Anggotanya seramai 5 orang iaitu Irene, Seulgi, Wendy, Joy & Yeri. Red Velvet pernah mengadakan mini-album event di Malaysia pada April 2017 dan Konsert "I SEOUL U" di Kuala Lumpur pada Mei 2017.


Post a Comment

0 Comments