FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani, Kedah

FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani, Kedah

FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani, Kedah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kita masih lagi dalam suasana cuti sekolah dan pastinya ramai ibubapa ambil cuti hujung tahun ini untuk bersama anak-anak. Kalau anda teringin nak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, mencari bahan untuk menanam dan sebagainya, ada berita menarik buat mereka yang khususnya di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. FAMA sedang mengadakan FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 di FAMA Sungai Petani Kedah.

FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani, Kedah

FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 @ FAMA SUNGAI PETANI
FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali dengan FAMA sedang berlansung sekarang, 23 Disember 2018 hingga 26 Disember 2018 di Pusat Operasi FAMA Sungai Petani, Kedah. FAMAFEST 2018 ini dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam kerana ingin memberi peluang untuk merasai dan menikmati beberapa jualan istimewa seperti Jualan Produk Proses dan IAT Jualan Terus Dari Ladang, Jualan Buah-Buahan, Jualan Orkid, Jualan Anak Benih Pokok dan Jualan Ikan Hiasan.

FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani, Kedah

Selain itu, turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, pertandingan Karaoke Idol FAMA FEST WILAYAH UTARA 2018, Empayar Makanan Popular Wilayah Utara, Food Truck, FAMA FEST BETTA COMPETITION 2018, Pertandingan Ayam Serama, Buskers dan paling menarik, Kursus Upskilling (untuk tanaman dan pemasaran durian)

Jualan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Segar 
Sebenarnya banyak kedai jualan yang ada di sekitar FAMAFEST 2018 ini, Momi tertarik dengan Empayar Buah-Buahan yang sangat banyak. Kalau anda rasa mengidam nak makan buah-buahan rasanya di FAMAFEST 2018 ini pasti anda akan puas hati sebab banyak pilihan yang boleh didapati. 

FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani, Kedah

Antara buah-buahan yang dijual seperti Durian, Nanas, Rock Melon, Pisang Berangan, Dragon Fruit, Jambu Batu dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga jualan sayur-sayuran yang segar dari Ladang. Antara sayur-sayuran yang dijual seperti Kobis, cili merah dan banyak lagi.

FAMAFEST Wilayah Utara 2018 Di Fama Sungai Petani, Kedah

Jadi marilah pakat beramai-ramai ke FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 yang akan berakhir pada 26 Disember 2018. Masih ada masa lagi nak borong buah banyak-banyak hehe. Kalau yang datang ke FAMAFEST WILAYAH UTARA 2018 di Sungai Petani, Kedah jangan lupa selfie sikit dan letak hashtag #FamaFest dan #famafestwilayahutara2018.

Lokasi FAMAFEST 2018 Wilayah Utara
Pusat Operasi FAMA Sungai Petani, 
Jalan Bakar Arang, 
Sg Petani Kedah 

(Berhampiran Tesco Sg Petani Selatan)

GPS Tracking : 5.619442, 100.473030

Untuk maklumat lanjut mengenai FAMAFEST 2018 ini sila layari Facebook Rasmi FAMA di www.facebook.com/famakedah.

#FamaFest
#famafestwilayahutara2018
#famadihatirakyat
#famakedah
#FruitFlowerFoodFiesta
#agrobazaaronline

Post a Comment

0 Comments