recent posts

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA"

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA"

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA" | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasa teruja nak bagitahu anda semua tentang BLACKPINK bakal mengadakan konsert di Malaysia! Serius, rasa sangat seronok dengar pengumuman dari BLACKPINK. Macpiepro telah mengumumkan bahawa BLACKPINK akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019.

BLACKPINK bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix. Konsert yang berjudul "BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA]" dianjurkan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok, Thailand dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia.

MENGENAI BLACKPINK
BLACKPINK yang bernaung dibawah YG Entertainment terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSÉ dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016. Banyak kejayaan telah dilakar antaranya melancarkan satu single dan tiga mini album. Malah lagu hits BLACKPINK juga berjaya menembusi carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta Billboard.

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA"
Dari Kiri : Rose, Jennie, Jisoo & Lisa

BLACKPINK adalah satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘DDU-DU DDU-DU’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam (untuk kumpulan wanita) di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta. Bukan itu sahaja, BLACKPINK merupakan kumpulan KPOP wanita yang telah mencecah 500 juta tontonkan dengan lagu yang sama.

Selain itu, BLACKPINK turut berkolaborasi dengan penyanyi pop British, Dua Lipa dalam lagu berjudul ‘Kiss and Make Up’. Lagu ini menduduki tangga ke-93 dalam carta single utama Amerika dan BLACKPINK satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 lebih dari satu kali.


Dengan perjanjian rekod global baharu bersama Interscope Records dan pelancaran solo setiap ahli, BLACKPINK perlu terus menggegarkan industri KPOP dengan menjadi pemimpin dalam kalangan artis KPOP lain bagi tahun 2019 dan akan datang. Memang terbaiklah BLACKPINK! Selain dari 'DDU-DU DDU-DU', Momi sangat meminati lagu "Whistle" & "AS IF ITS YOUR LAST". Memang putar lagu mereka sehingga sekarang.

BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR
BLACKPINK bakal menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur dengan persembahan luar biasa pada 23 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang. Anda boleh dapatkan tiket konsert ini di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah hari. Berikut adalah harga tiket konsert BLACKPINK di Kuala Lumpur :

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA"
BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR SEAT
  • RM373 (Zon Hijau)
  • RM483 (Zon Ungu)
  • RM573 (Zon Kuning)
  • RM673 (Zon Merah)
  • RM693 (Zon BLINK) 

MCALLS PENAJA TITANIUM BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR
MacpiePro telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan platform ganjaran telekomunikasi Malaysia, Mcalls untuk memperkenalkan pakej HITS bagi memberi peluang kepada penggemar muzik menikmati acara muzik dengan harga yang berpatutan UNTUK merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”. Penggemar muzik berpeluang menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket apabila mereka melanggan perkhidmatan SIM prepaid Pakej HITS selama setahun dan menebus tiket konsert dengan 3 pilihan HITS Deal.

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA"
Promosi Mcalls Untuk BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR 

Pakej HITS memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama BLACKPINK dengan diskaun 40% dan tiket kedua 10% (Zon BLINK RM693 atau Zon Merah RM673) dengan
jaminan kemasukan. Manakala Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada Pakej HITS dan menikmati tawaran hebat HITS. Pakej HITS boleh didapati di laman web rasmi Mcalls dan kedai gaya hidup Mcalls berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar Pakej HITS Mcalls, sila layari https://mcalls.asia/deals/blackpink atau hubungi talian khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin - Jumaat dari 9 pagi hingga 6 petang).

Perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro
Pada tahun 2019, MacpiePro bakal merancang lebih banyak konsert yang menakjubkan untuk peminat muzik dengan misi untuk menyokong artis secara global. MacpiePro akan menganjurkan 20 konsert yang bukan saja terhad kepada genre KPOP malah MPOP, artis tempatan dan antarabangsa. BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR akan menjadi titik permulaan bagi perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro pada tahun hadapan.

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA"
Perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro
Selain itu, MacpiePro bakal menganjurkan konsert Mandarin pertama yang menghimpunkan barisan penyanyi dari tiga buah negara iaitu Bii and Roger Yang (Taiwan), Jeno Liu (China) dan Victor Wong serta duo pop, Fuying & Sam (Malaysia) di Arena of Stars pada 20 April 2019. MacpiePro turut merancang untuk mempromosikan artis-artis tempatan dengan memberi mereka peluang menyerlahkan bakat masing-masing dalam industri hiburan tanah air dan antarabangsa.

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA"
Perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro

Memandangkan Malaysia mempunyai ramai artis yang berbakat, MacpiePro bercadang menceburi bidang pengurusan artis. Han Xiao Aii adalah artis tempatan yang pertama menandatangani kontrak bersama MacpiePro. MacpiePro juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja sebelum ini yang banyak menyokong mereka terutamanya Mcalls kerana menjadi rakan perniagaan strategik sejak konsert pertama anjuran MacpiePro.

Kolaborasi itu bagi memperkenalkan konsep “STRESS-FREE MUSIC” supaya penggemar muzik dapat menikmati muzik tanpa had. Untuk maklumat lanjut mengenai MacpicPro, sila layari laman web rasmi MacpicPro dan ikuti perkembangan mereka dia Facebook dan Instagram.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Februari 2019. Momi tak sabar nak tengok BLACKPINK didepan mata dan rasai pengalaman menyaksikan konsert KPOP buat kali pertama. Yeayy! 

BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA" BLACKPINK ke Malaysia Untuk Konsert World Tour 2019 "BLACKPINK IN YOUR AREA" Reviewed by Rafzan Tomomi on 12/03/2018 12:11:00 am Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.