Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

by - 11/09/2018 12:00:00 am


Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Momi ingin kongsikan dengan anda yang Momi menghadiri ke sebuah majlis pelancaran di IDCC Shah Alam iaitu Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 pada 28 Oktober lalu. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 

Aplikasi Manhajj Membantu Urusan Ibadah Umrah

Pelancaran pertama adalah pelancaran Aplikasi Manhajj yang diperkenalkan oleh Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif). Aplikasi Manhajj ini merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah. Aplikasi ini berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.

Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 

Selain itu Aplikasi Manhajj turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha  menambah ilmu pengetahuan. Antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community. Kelebihan lain Aplikasi Manhajj ini ialah gambar-gambar boleh dimuat turun melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan jemaah umrah.

Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 

Paling menarik, Aplikasi Manhajj memperkenalkan ‘panic button’ yang boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ikhsan dalam teks ucapannya :

“Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul.
“Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj,” katanya.
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 

Pada masa yang sama, pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah. Menarik lagi, Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan apabila menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah.

Anda boleh muat turun Aplikasi Manhajj di Google App Store. Untuk pengguna versi Apple App Store, akan dikemaskini kemudian.

Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 

Pelancaran kedua ialah pelancaran program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Menariknya musim kali ini bakal membariskan peserta-peserta dari kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Bagi anda yang pertama kali dengar, Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah

Untuk musim kedua ini, Manhajj Mutawwif turut membariskan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa. Para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara. Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah ‘Sketch Artis’ dari barisan pelawak popular tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka

Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 

Peserta akan bersaing selama lapan (8) minggu sama seperti musim pertama, dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya. Program yang berunsur dakwah ini akan terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. Program selama satu jam setengah ini akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019

Manhajj Mutawwif musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu telah menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi. Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RM50,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi).

Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua
Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj Dan Manhajj Mutawwif Musim Kedua 

Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi Manhajj dan Manhajj Mutawwif, anda boleh layari laman web rasmi Manhajj Mutawwif. Ikuti perkembangan Manhajj Muttawwif di laman media sosial : Facebook, Instagram dan YouTube. Jangan lupa, muat turun Aplikasi Manhajj di Google App Store sekarang!


You May Also Like

0 comments