Cabaran 1 - Watsons Malaysia's Top Influencer 2018 : Gambar & Caption Menarik !

Cabaran 1 - Watsons Malaysia's Top Influencer 2018 : Gambar & Caption Menarik !

Cabaran 1 - Watsons Malaysia's Top Influencer 2018 : Gambar & Caption Menarik ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Awal Oktober lalu, Momi ada sertai pencarian Influencer yang dianjurkan oleh Watsons bersama portal Oh Bulan! iaitu Watsons Malaysia's Top Influencer (WATSONSMTI). Hadiah menarik sehingga RM40,000 bakal menanti Influencer yang menang. Mari kita lihat apakah cabaran pertama untuk peserta Watsons Malaysia's Top Influencer 2018!

Pada mulanya Momi tak tahu mengenai pertandingan ini sampailah Moka beritahu dan suruh Momi masuk. Kebetulan ada gambar yang menarik, jadi Momi cubalah upload. Penyertaan Momi memang sehari sebelum tarikh tutup pada 8 Oktober 2018 (Isnin). 

Cabaran 1 - Gambar & Caption Menarik
Untuk permulaan, sesiapa sahaja boleh sertai Watsons Malaysia's Top Influencer 2018, tidak kira sama ada sedikit atau banyak pengikut di Instagram. Peserta dikehendaki memuat naik gambar beserta kapsyen “Saya ingin menjadi Watsons Malaysia’s Top Influencer kerana…” dan tag Instagram : Watsons dan Oh Bulan ! Peserta mestilah Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas serta aktif di media sosial dan memiliki perwatakan yang menarik. Jadi inilah gambar yang Momi upload.

Gambar : 



Caption : 
Hai guys! Saya Momi. Saya ingin menjadi Watson’s Malaysia Top Influencer kerana saya memiliki personaliti yang menarik dan berkeyakinan. Walaupun memiliki saiz fizikal yang besar, Momi sentiasa yakin dengan apa yang Momi lakukan. I'm proud with myself now🌼🌼
.
@watsonsmy @ohbulanofficial
#watsonsmti #watsonmy #ohbulan

Link Instagram

Doakan semoga Momi dapat ke peringkat seterusnya ya! Love uols! Untuk maklumat lanjut mengenai Watson’s Malaysia Top Influencer dan perkembangan peserta, anda boleh ikuti di hashtag #WATSONSMTI  serta follow Instagram Watsons Malaysia dan Oh Bulan! Official.

Update : Alhamdulillah! Momi dapat mara ke TOP 50 - Watsons Malaysia's Top Influencer 2018.

Post a Comment

0 Comments