Cabaran 3 - Top 25 Watsons Malaysia's Top Influencer : IG Stories & Mominions

Cabaran 3 - Top 25 Watsons Malaysia's Top Influencer : IG Stories & Mominions

Cabaran 3 - Top 25 Watsons Malaysia's Top Influencer : IG Stories & Mominions | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Awal Oktober lalu, Momi ada sertai pencarian Influencer yang dianjurkan oleh Watsons bersama portal Oh Bulan! iaitu Watsons Malaysia's Top Influencer (WATSONSMTI). Hadiah menarik sehingga RM40,000 bakal menanti Influencer yang menang. Alhamdulillah, Momi berjaya melepasi Cabaran Kedua dan masuk ke TOP 25! Mari kita lihat apakah cabaran ketiga untuk peserta Watsons Malaysia's Top Influencer 2018!

Cabaran 3 - IG Stories
Untuk cabaran ketiga, peserta akan dapat satu kotak misteri dari Watsons dan dikehendaki untuk buat lima (5) IG Stories yang kreatif dengan produk yang ada dalam kotak misteri tersebut. Kemudian, peserta haruslah letakkan kesemua IG Stories tersebut dekat bahagian Highlights di Instagram. Apa yang Momi dapat? Haaa. Momi dapat Berus Gigi dari Darlie. Apa yang Momi buat dengan berus gigi tu hehe. Tengok ya video dibawah :)

Video Cabaran 3 - Scha Al Yahya


Kompilasi Video : 


Caption : 
Hai guys! Jom support Momi dengan menggunakan hashtag #MOMINIONS. Momi compilekan Cabaran ke-3 (IG Stories) dalam 1 post tau. Macam biasa spam #mominions dekat komen. 💛💛
.
Ikuti perkembangan Momi dan peserta-peserta Watsons Malaysia's Top Influencer dekat hashtag #WATSONSMTI serta follow @watsonsmy dan @ohbulanofficial.

#watsonmy
#ohbulanofficial


MOMINIONS
Menariknya, para peserta kena buat satu hashtag khas untuk pengikut mereka akan gunakan sepanjang pertandingan ini. Jadi Momi memilih untuk menggunakan "MOMINIONS" sebagai hashtag rasmi. Alhamdulillah ramai yang support menggunakan hash tag tersebut di post-post Momi, Watsons dan Oh Bulan! termasuk keluarga, rakan-rakan, rakan Blogger dan ramai lagi. Doakan semoga Momi dapat ke peringkat seterusnya ya! Jangan lupa gunakan hashtag MOMINIONS dekat post Instagram anda ya! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Watson’s Malaysia Top Influencer dan perkembangan peserta, anda boleh ikuti di hashtag #WATSONSMTI  serta follow Instagram Watsons Malaysia dan Oh Bulan! Official.

Update : Alhamdulillah! Momi dapat mara ke TOP 12 - Watsons Malaysia's Top Influencer. Terima kasih MOMINIONS!

Post a Comment

0 Comments