Pulang - Movie Review

Pulang - Movie Review

Pulang - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan drama dan sejarah iaitu filem "Pulang". Pulang merupakan filem yang di inspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada tahun 40an dan dikeluarkan oleh Primeworks Studio. Filem ini mula ditayangkan pada 26 Julai 2018 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Pulang
Filem Pulang ini menceritakan mengenai pasangan suami isteri Othman dan Thom. Othman telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya, dan berjanji kepada isterinya yang dia akan pulang. 61 tahun kemudian, Thom masih menunggu kepulangannya. Dapatkah Thom bertemu semula dengan Othman? (Trailer Pulang)

Pulang - Movie Review
Sumber : Facebook "Pulang"

Filem yang berdurasi selama 2 Jam ini merupakan arahan Kabir Bhatia dan skrip ditulis oleh isterinya, Mira Mustaffa. Filem yang menelan belanja RM6 Juta ini membariskan pelakon yang hebat seperti Remy Ishak, Puteri Aishah Sulaiman, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Review Pulang
Seperti yang kita sedia maklum, filem ini merupakan adaptasi dari kisah sebenar, jadi Momi mengharapkan ia menghidangkan jalan cerita yang menarik dan lain dari yang lain. First impression masa menonton , Momi teringat seperti filem "Titanic" (1997) dimana watak Thom semasa tua menceritakan kisah yang berlaku kepada cucunya. Itu yang buat Momi rasa 'the same feeling' tentang filem ini.

Jalan cerita yang menarik dan setiap saat Momi tengok tanpa rasa mengantuk. Pemilihan pelakon pula sangat sesuai dengan watak yang dibawa terutamanya watak Othman (lakonan Remy Ishak) dan Thom (Puteri Aishah). Chemistry kedua pelakon memang nampak macam suami isteri yang betul. Pelakon pembantu juga turut memainkan peranannya dengan baik. Selain itu, terdapat pelbagai persoalan yang akan bermain di minda, "Kenapa Othman tak nak pulang?" .

Pulang - Movie Review
Sumber : Facebook "Pulang"


Satu yang lebih menarik dalam filem Pulang ini ialah Momi terpukau dengan kecantikan senimatografinya yang sangat 'awesome'. Selain itu, Momi kagum dengan CGI yang mereka gunakan dalam filem ini sampai ada beberapa adengan sebenarnya menggunakan CGI tapi tak perasan pon. Good job team Pulang! 

Keseluruhannya, Momi suka dengan filem Pulang ini sebab ia membawa satu revolusi baru dalam filem melayu. Yang mahalnya filem ini merupakan kisah sebenar Datuk Ahmad Idzham Omar yang merupakan CEO bagi Media Prima dimana kisah 3 generasi keluarga beliau bermula dengan datuk beliau iaitu Othman b. Haji Alias sebagai kelasi kapal melayu pertama di Tanah Melayu. Menarik kan?

Terima kasih Tonton dan Primeworks Studio atas jemputan ke Malam Gala Pulang pada 17 Julai lalu di GSC Pavilion. Semoga filem ini boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. In shaa Allah. Jangan lupa untuk saksikan Pulang bermula 26 Julai 2018 dipawagam berhampiran anda.

p/s : Bawa tisu ya. Banyak adengan sedih. huhu

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG
Poster Filem Pulang 2018 Download  | Filem Pulang 2018 Subtitle | Filem Pulang 2018  Synopsis | Filem Pulang 2018  Malay Subtitle | Filem Pulang 2018  Torrent | Review Filem Pulang 2018  | Barisan pelakon Filem Pulang 2018  |  Review Filem Pulang 2018  Bahasa Melayu | Review Filem Pulang Malay | Filem Pulang 2018 Online Streaming

Post a Comment

5 Comments

Aryn Fadz Lee said…
Berminat nak tengok. tak sabar tunggu dia Pulang release :)
Mimin Adam said…
okay lah listed cerita pulang
Rafzan Tomomi said…
jangan lupa tonton yaa =)
Rafzan Tomomi said…
ye siss. kena tengok ! hehe
adeee Abam Remy..!! hehe..