Mentor Musim 7 2018 - Ujibakat Mentor Musim 7 Kini Dibuka !

by - 7/31/2018 04:51:00 pm

Mentor 2018 - Ujibakat Mentor Musim 7 Kini Dibuka !

Mentor 2018 - Ujibakat Mentor Musim 7 Kini Dibuka ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Mentor kembali dengan musim terbaru (musim ke-7) dengan menampilkan empat penyanyi sebagai Mentor. Untuk Musim ke-7 ini, Mentor membariskan penyanyi hebat seperti Aizat Amdan, Hafiz Suip, Siti Nordiana dan Syafinaz Selamat. Ujibakat akan diadakan tidak lama lagi. Nantikan update terkini untuk mengetahui lokasi dan masa untuk ujibakat Mentor 2018.

Perhatian : Ramai yang PM dan Komen mengenai syarat-syarat untuk Ujibakat Mentor. Saya ingin maklumkan bahawa saya update berdasarkan info yang saya temui di Facebook atau Google, saya masih tidak mengetahui syarat-syarat ujibakat yang terkini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau DM ke TV3 Malaysia. Terima kasih.

Barisan Mentor Musim 7 2018
- Aizat Amdan
- Hafiz Suip
- Siti Nordiana
- Syafinaz Selamat

Jadual Ujibakat Mentor Musim 7 2018

18 Ogos 2018 (Sabtu) - Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah (9.00 Pagi - 4.00 Petang)
19 Ogos 2018 (Ahad) - Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah (9.00 Pagi - 4.00 Petang)
08 September 2018 (Sabtu) - Sri Pentas (Syafinaz Selamat) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)
09 September 2018 (Ahad) - Sri Pentas (Syafinaz Selamat) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)
15 September 2018 (Sabtu) - Sri Pentas (Aizat Amdan) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)
16 September 2018 (Ahad)- Sri Pentas (Aizat Amdan) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)
22 September 2018 (Sabtu) - Sri Pentas (Hafiz Suip) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)
23 September 2018 (Ahad) - Sri Pentas (Hafiz Suip) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)
29 September 2018 (Sabtu) - Sri Pentas (Siti Nordiana) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)
30 September 2018 (Ahad) - Sri Pentas (Siti Nordiana) (10.00 Pagi - 4.00 Petang)

Syarat Ujibakat Mentor Musim 7 2018

  1. Terbuka kepada lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
  2. Berumur diantara 18 hingga 28 tahun lelaki atau wanita sebelum 1 Januari 2019.
  3. Boleh berbahasa Malaysia dan Inggeris.
  4. Nyayian secara solo.
  5. Mentor 7 terbuka kepada semua yang mempunyai bakat dalam nyanyian.
  6. Terbuka kepada mereka yang berstatus bujang atau berkahwin. Sekiranya peserta tersebut sudah berkahwin, beliau mestilah tidak hamil semasa ujibakat dan sepanjang rancangan dijalankan.
  7. Peserta hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik. Peserta dikehendaki menyerahkan bukti kesihatan sekiranya terpilih.
  8. Peserta dikehendaki membawa minus one (muzik tanpa vocal) lagu-lagu yang ingin disampaikan semasa ujibakat. Peserta digalakkan, membawa lebih dari satu minussebagai persediaan. Pihak TV3 tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan kepada minus one tersebut semasa ujibakat.
  9. Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan kemas untuk proses ujibakat. Peserta dilarang berpakaian menjolok mata, berselipar dan berseluar pendek.
  10. Peserta mestilah tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.
  11. Peserta mestilah mengesahkan yang beliau tidak diurus dan terikat dengan mana-mana pihak (event management/syarikat rakaman) sebelum/semasa ujibakat dan rancangan tanpa kebenaran pihak TV3. Peserta mestilah menandatangani perjanjian dalam borang penyertaan. Sekiranya didapati melanggar syarat-syarat tersebut tindakan undang-undang akan dikenakan kepada beliau.
  12. Sekiranya peserta terpilih menjadi salah seorang peserta, beliau mestilah bersetuju menerima sebarang tawaran syarikat rakaman serta pengurusan oleh syarikat pengurusan artis yang ditetapkan oleh pihak TV3.
  13. Peserta mestilah bersetuju menyerahkan semua hak penyiaran kepada TV3 berhubung rakaman persembahan semasa ujibakat atau rancangan bagi tujuan promosi menyeluruh dalam apa jua bentuk media.
  14. Pihak TV3 mempunyai hak untuk membatalkan atau menolak sebarang permohonan jika didapati maklumat diberikan oleh peserta adalah tidak benar.
  15. Pihak TV3 tidak akan bertanggungjawab di atas kemalangan, kecederaan atau kematian semasa proses ujibakat berlangsung.
  16. Mentor 7 menyenaraikan 4 orang MENTOR iaitu DATUK SYAFINAZ, AIZAT AMDAN, SITI NORDIANA dan HAFIZ SUIP.


**sebarang perubahan akan diupdate dari masa ke semasa.


Senarai Peserta Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Senarai Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Senarai Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Waktu Siaran MMentor 2018 & Mentor Musim 7 | Cara Mengundi Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Cara Undi Online Mentor 2018 & Mentor Musim 7 |  Biodata Peserta Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Protege Mentor 2018 & Mentor Musim 7 Aizat Amdan  | Protege Mentor 2018 & Mentor Musim 7 Hafiz Suip | Protege Mentor 2018 & Mentor Musim 7 Siti Nordiana | Protege Mentor 2018 & Mentor Musim 7 Syafinaz Selamat | Mentor 2018 & Mentor Musim 7 TV3 | Ujibakat Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Lokasi Ujibakat Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Tarikh Ujibakat Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Syarat Penyertaan Ujibakat Mentor 2018 & Mentor Musim 7 | Syarat Umur Ujibakat Mentor 2018 & Mentor Musim 7

You May Also Like

50 comments

  1. syarat2, kriteria? bila blh dpt tahu yer? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not sure sebab Mentor hanya umum syarat umur sahaja.

      Delete
    2. Sedihnya cukup2 29tahun...knplah x sampai 30,nak pego otai pun blm smpi umur..smpi bilalah dpt ikut menyanyi ni...xkesampaian je..dlu tahun lalu mesti dah lepas bru nmpk iklan...sedihnya kecewa...πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

      Delete
    3. Sedihnya cukup2 29tahun...knplah x sampai 30,nak pego otai pun blm smpi umur..smpi bilalah dpt ikut menyanyi ni...xkesampaian je..dlu tahun lalu mesti dah lepas bru nmpk iklan...sedihnya kecewa...πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

      Delete
  2. Replies
    1. slalunye syarat umur klayakan brp ye?

      Delete
    2. Umur 35 tahun boleh tak??

      Delete
  3. Knp limit 28thn je?klu 35thn pon rasa ny ok lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sis kena tanya pihak TV3 ya hehe

      Delete
  4. Kalau masuk kena bayar tak? Saya area sabah. Nanti tolong bagi tau fb saya azyramemey . Thankyou sebab saya berminat sangat3

    ReplyDelete
  5. Terbaik. Tunjuk ajar ku sifu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya dekat sabah saja kea tempat uji bakat tu?

      Delete
    2. tgokk kat atas.. Kn da adaa jadual kat sabah bila kat semenanjung bilaπŸ˜ͺ

      Delete
    3. Terima kasih Elchia Wat atas penerangan nya.

      Delete
  6. Replies
    1. Maaf, Masih belum terima apa apa info.

      Delete
  7. ujian bakat hanya di sabah saja kea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 hari saja di Sabah. 8 dan 19 Ogos 2018.

      Delete
  8. Kalau time sri pentas saja saya pergi macam mana tue

    ReplyDelete
  9. 8-19 ogos saya tidak dapat pergi,so kalau masa sri pentas baru pergi boleh kah tue

    ReplyDelete
  10. nak tanya, kalau birthday belum sampai ? boleh x ? actually kalau ikut tahun umur dah 18thn , tapi bulan kelahiran blm smpai lagi .. boleh x join ? mohon respon , sbb respon admin sgt penting ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk syarat ini saya tidak pasti ya. untuk maklumat lebih lanjut, sila DM facebook TV3 Malaysia : https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/ . Setakat ini masih belum terima apa apa info terbaru mengenai Mentor. Terima kasih.

      Delete
  11. brpa protege diperlukan utk setiap mentor?

    ReplyDelete
  12. Sri pentas mane yew ? Ade alamat penuh ?

    ReplyDelete
  13. Boleh saya tanya ? 18 ogos (Rabu) ? bukan 18 ogos tu ? sabtu kah ? sorry saya hanya menanya seja ..

    ReplyDelete
  14. Nak tanya ,, ada bayaran pendaftaran tak yang mentor nie ?

    ReplyDelete
  15. betulke ada yuran rm 50 perlu dibayar masa ujibakat ?

    ReplyDelete
  16. Nak tnya ni..apa nak di bawa pergi ke ujibkat nnt ye? Gmbr pasport? Lagi??
    Klau sy pergi cun2 jam 3 stgh petng masa pndaftaran masi buka ke?

    ReplyDelete
  17. umo dah lajak..tpi nk audition jugak..bukan tuk bertanding..tpi tuk naik stage tu untuk pembukaan...mentor bleh audition saya..jika puas hati..kami nak minta peluang tuk menghiburkan opening malam tu..saya nak hadiahkan tuk grouo saya dan kepada semua pemuzik2 jalanan...

    ReplyDelete
  18. nak masuk..tpi tu lahh..jauh sangat..sya kt sarawakk..tkde ujibakat dkt sarawak

    ReplyDelete
  19. nak tanya lagu yg kita nak bawa untuk ujibakat tu suka hati ke?

    ReplyDelete
  20. lagu apa yang kita boleh nyayi butiran apa lagi nak kena bawak

    ReplyDelete
  21. pilihan pilihan lagu untuk ujibakat?

    ReplyDelete
  22. Kalau tak dapat hadir and nak hantar video nyanyian boleh tak?

    ReplyDelete
  23. salam admin , nak tanya minus one perlu bawa cd atau pendrive ? dan 1 lagi perlu bawa gambar bersaiz 4r atau passport ?

    ReplyDelete