Kos Ubah Suai Rumah RM700,000? Serius Cantik Rumah Nur Sajat !

by - 7/29/2018 03:22:00 pm


Kos Ubah Suai Rumah RM700,000? Serius Cantik Rumah Nur Sajat !

RM700,000 Kos Ubahsuai Rumah? Serius Cantik Rumah Nur Sajat ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Sajat-in-the-housee! Entri kali ini Momi nak kongsi dengan anda semasa Momi menghadiri ke Majlis House Warming Nursajat 2018 pada 28 Julai yang lalu. Momi pasti, ramai yang mengenali pengusaha kosmetik yang terkenal iaitu Nur Sajat. Walaupun Sajat sering dikecam dan menjadi viral di media sosial tetapi itu semua tidak mematahkan semangat usahawan ini untuk terus maju di dalam perniagaannya.

Sajat juga pernah mengeluarkan single pertamanya yang berjudul "Makhluk Penggoda" dan pernah juga ceburi bidang lakonan. Kini beliau telah mengembangkan empayar dengan membuka satu lagi cabang perniagaan iaitu menjual emas.

Kos Ubah Suai Rumah cecah RM700,000?
Ramai yang sedia maklum bahawa rumah yang diubai suai oleh Sajat ini merupakan rumah Datuk Seri Aliff Syukri. Momi berkesempatan untuk melihat sendiri rumah Sajat di Kota Damansara. Serius cantik dan mewah ya gais! Macam dalam istana okay. 

Kata Sajat rumah ini diubah suai mencecah RM700,000 . Wow! No wonderlah cantik macamni hehe. Kos ni merangkumi pengubahsuai konsep dari segi wallpaper, perabot, langsir dan barangan hiasan tetapi kos ubah suai ini hanya untuk tingkat bawah sahaja tau. Diulangi tingkat bawah sahaja. Tingkat atas pula masih belum siap lagi. Jom tengok sikit gambar yang sempat dirakamkan (gambar kredit : Dikbee)

Kos Ubah Suai Rumah RM700,000? Serius Cantik Rumah Nur Sajat !

Kos Ubah Suai Rumah RM700,000? Serius Cantik Rumah Nur Sajat !

Kos Ubah Suai Rumah RM700,000? Serius Cantik Rumah Nur Sajat !

Single Terbaru Bersama Datuk Aliff dan Laluna Cinta
Gandingan Nur Sajat bersama Datuk Alif tidak terhenti dengan lagu "Abang Nak Tegur" dan "Makhluk Penggoda". Semasa temubual bersama Sajat, beliau mengumumkan bakal bergandingan sekali lagi dengan Datuk Alif dalam sebuah lagu baru dan menampilkan penyanyi dari Indonesia, Laluna Cinta. Katanya lagu ini bakal bergenrekan dangdut ya, pastinya semua tak 'sabar' nak dengar lagu baru mereka nanti. Lagu ini melibatkan produksi dari Indonesia ya, pastinya akan booom!

Kos Ubah Suai Rumah RM700,000? Serius Cantik Rumah Nur Sajat !
Nur Sajat bersama Datuk Seri Aliff Syukri & Laluna Cinta

Apa-apa pun tahniah buat Nur Sajat diatas atas House Warming ini. Terima kasih diatas kesudian menjemput Momi ke Majlis House Warming ini. Semoga maju jaya dalam bidang yang Sajat ceburi. Amin. Jangan lupa ikuti Nur Sajat di Instagram ya. =)

You May Also Like

0 comments