recent posts

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi nak buat entri khas buat semua pembaca blog Momi ni hehe. Sebenarnya Momi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam yang menyambut Aidilfitri. Jika ada salah dan silap serta terlanjur kata, Momi harap anda semua boleh maafkan ya. Sekali lagi, tahun ini Momi #TeamRayaSelangor hehe. 

Gambar Keluarga Beraya
Gambar Raya 2016

Agak berbeza seperti tahun lalu, tahun ini kami sekeluarga sambut raya tanpa Ayah buat pertama kalinya. Suasana masa bulan Ramadan juga berbeza tanpa Ayah. Serius kami semua sangat merindui Ayah. Mohon pembaca dan juga rakan-rakan sedekah Al-fatihah buat arwah Ayah yang kembali ke rahmatullah pada 12 Disember 2017. 

Kepada semua pembaca, sekali lagi Momi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Dimana pun anda berada , jaga diri elok-elok ya. Inilah masa yang terbaik untuk kita meluangkan masa bersama yang tersayang. Sayang semuaa! Muah ciked. 

Xoxo,
Momi

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H Reviewed by Rafzan Tomomi on 6/14/2018 04:12:00 pm Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.