Ocean's 8 - Movie Review

Ocean's 8 - Movie Review

Ocean's 8 - Movie Review  | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan jenayah iaitu filem "Ocean's 8". Filem Ocean's 8 ini merupakan filem spin-off dari trilogi filem Ocean's dan dikeluarkan oleh Warner Bros. Pictures Filem ini mula ditayangkan pada 14 Jun 2018 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Ocean's 8
Filem Pulang ini mengisahkan tentang kakak Danny Ocean, Debbie, cuba merancang untuk melakukan rompakan pada acara tahunan Met Gala di Bandar New York. Sebelum itu dia perlu mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada Lou, Rose, Daphne Kluger, Nine Ball, Tammy, Amita dan Constance. Berjayakah mereka merompak pada malam Met Gala tersebut? (Trailer Ocean's 8)

Filem yang berdurasi selama 1 Jam 50 Minit ini merupakan arahan Gary Ross. Filem yang menelan belanja RM70 Juta ini membariskan pelakon yang hebat seperti Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Awkwafina, Rihanna, Helena Bonham Carter dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Ocean's 8 - Movie Review

Review Ocean's 8
Never plan to watch this alone. Masa tengok trailer macam menarik sebab ada ramai pelakon best seperti Anne Hathway & Sandra Brullock. Selain itu ada juga kemunculan Rihanna. Momi beli terus tiket untuk menonton sorang-sorang sementara tunggu waktu berbuka.

Memandangkan filem ini spin-off dari Trilogi Oceans, Momi tak pernah menonton lagi mana-mana filem tersebut. Momi review berdasarkan apa yang Momi lihat ya. Jalan cerita yang menarik dengan kisah Debbie Ocean merancang sesuatu sejak beliau dipenjarakan lagi. Lepas Debbie keluar dari penjara, beliau bersama Lou merancang untuk merompak rantai yang berharga 150 juta semasa malam Met Gala. Yang menariknya masa Debbie dan Lou cari lagi 6 orang lain untuk berkerjasama. Pasti anda akan rasa sedikit cemas masa plan tersebut sedang berjalan.

Of course filem ni mesti ada plot twist tapi tak twist sangatlah. Momi suka cara kesemua watak bekerjasama untuk merompak rantai itu. Senang cerita semua watak dalam filem ini best! Paling best watak penggodam, Leslie a.k.a Nine Ball. Memang cool habis.

Keseluruhannya, filem ini pasti akan menghiburkan anda. Rasanya berbaloi bagi Momi menonton filem yang tidak terlalu stress. Everything is going smooth je hehe. Recommended

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG
Poster Filem Ocean's 8 2018 Download  | FilemOcean's 8  2018 Subtitle | Filem Ocean's 8  2018  Synopsis | Filem Ocean's 8  2018  Malay Subtitle | Filem Ocean's 8  2018  Torrent | Review Filem Ocean's 8  2018  | Barisan pelakon Filem Ocean's 8  2018  |  Review Filem Ocean's 8  2018  Bahasa Melayu | Review Filem Ocean's 8 Malay | Filem Ocean's 8  2018 Online Streaming

Post a Comment

0 Comments