MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasanya Momi pernah jejakkan kaki ke MITEC sempena MITA Travel Fair pada awal Januari lalu. Momi baru tahun, rupanya Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre) merupakan sebuah ruang pameran yang paling terbesar di Malaysia bakal menjadi mercu tanda ikonik berprestij baharu dalam negara.

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia
Sumber : Laman Web Rasmi MITEC

MITEC adalah satu projek kerjasama awam-swasta dengan kerajaan Malaysia yang diurus dan dioperasi oleh Prisma Galeri Sdn Bhd, sebuah entiti di bawah Kumpulan Naza (Naza Corporation Holdings Sdn Bhd) dan dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebuah agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pusat bernilai RM628 juta (129 juta Euro) ini adalah dibangunkan oleh Naza TTDI Sdn Bhd, satu cabang hartanah Kumpulan Naza (Naza Corporation Holdings Sdn Bhd).

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia
Sumber : Laman Web Rasmi MITEC

MITEC menawarkan kemudahan yang canggih dengan menyediakan satu ruang pameran yang sesuai untuk pelbagai program dan acara berskala besar. Dengan keluasan lantai pameran 45,000 meter persegi, MITEC boleh menampung kapasiti yang tidak dapat ditempatkan di tempat lain dalam negara kita kerana dewan pameran yang bersaiz tiga kali ganda besar. Selain itu , ia juga mempunyai dewan pameran tanpa tiang yang terbesar di Malaysia.

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia

Oh ya, tahukah anda Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW) akan berlangsungUn pada 4 - 6 Julai 2018 (Rabu - Jumaat) di MITEC. MSMW merupakan acara tahunan bagi mengumpulkan pengamal media dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Anda boleh mendaftar di laman web rasmi Social Media Week 2018 atau hubungi 03-80707666.

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia
Sumber : Laman Web Rasmi MITEC

Berbalik kepada cerita MITEC ia adalah komponen pertama pembangunan bercampur berimpak tinggi dalam projek KL Metropolis yang berkonsepkan bandar dalam bandar di mana perdagangan, perniagaan, kediaman dan pengangkutan tertumpu, merangkumi lebih daripada 75 ekar tanah pembangunan prima yang terletak di lokasi strategik iaitu dalam daerah pameran dan perdagangan antarabangsa di Kuala Lumpur. Apa yang best-nya dekat MITEC ini, jika anda tak pasti mana tempat untuk tempah makanan jangan risau sebab mereka turut sediakan perkhidmatan katering. Tengok lah sikit gambar makanan ni : 

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia

Pusat ini menawarkan 11 dewan pameran yang luas, sebuah bilik jamuan dan 13 bilik mesyuarat. Ia telah direka cipta dengan teliti atas perkara kemapanan agar menggunakan sumber tenaga dengan berkesan, memelihara air dan alam sekitar tanpa berkompromi terhadap pemfungsiannya. Pusat ini juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan termasuk bilik mesyuarat dan persidangan, pejabat penganjur, kemudahan media dan akhbar, ruang istirahat, kios dan rangkaian kedai makanan dan minuman. Paling penting, surau disediakan dekat setiap tingkat tau jadi bagi mereka yang ingin menunaikan solat. | MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia

MITEC - Ruang Pameran Terbesar Di Malaysia
Sumber : Facebook MITEC

Untuk maklumat lanjut mengenai MITEC, sila layari laman web rasmi mereka di MITEC. Selain itu, ada boleh ikuti perkembangan terkini atau event/pameran terkini di MITEC di laman sosial ; Facebook dan Instagram.



Post a Comment

0 Comments