Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur

by - 5/04/2018 11:58:00 pm

Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Siapa peminat makanan atas daun pisang? Momi ingin kongsikan kepada anda tentang sebuah restoran di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Baru-baru ini Momi berkesempatan untuk ke restoran Bananabro yang menghidangkan hidangan di atas daun pisang. Apa yang menarik di Bananabro?

Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Bertemakan #ItsaMalaysianThing, Bananabro mula beroperasi sejak Mac 2018 di Berjaya Time Square Kuala Lumpur dan ini merupakan cawangan pertama yang dibuka. Bananabro dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam. Restoran ini boleh dikatakan besar dan selesa untuk anda kunjungi. Untuk pengetahuan anda, Bananabro hanya menghidangkan sajian yang menggunakan bahan-bahan segar untuk menjanjikan kepuasan kepada para pelanggan semasa menikmati hidangan tersebut. 



Seperti yang kita sedia maklum, daun pisang digunakan sebagai alas menggantikan pinggan kerana dipercayai bahawa haba dari nasi panas akan menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang dapat membantu penghadaman dan menghasilkan bau wangi yang dapat membangkitkan selera makan. Pastinya anda tahu bahawa nasi daun pisang ni merupakan hidangan istimewa yang berasal dari India.


Jom kita lihat apakah hidangan yang Momi sempat rasa di Bananabro : 

Nasi Lemak Ayam with Acar
Take a deep breath! Sebab makanan kegemaran orang kita, Nasi Lemak dihidangkan di atas daun pisang. Bukan itu sahaja, ia turut diserikan lagi dengan ayam goreng dan acar. Menu yang dipanggil "Nasi Lemak Limited" ini sememangnya power lah bagi Momi dan sangat melengkapkan sarapan pagi anda. Berapa harganya? RM11.90 sahaja. Bagi Momi sangat berbaloi dengan rasanya. 

Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Teh Tarik Lawa
Teh Tarik Lawa? Well, namanya nampak menarik. Ingatkan ada dekorasi ke apa, rupanya teh ais lah. Keistimewaanya ialah teh ais yang ditarik buihnya sehingga melimpah keluar dari cawan. Memang cantik hehe. Teh Tarik Lawa ini berharga RM4.90. Wajib cuba!


Nasi Daun Pisang Bananabro
Nasi daun pisang BananaBro ni dihidangkan dalam bentuk "Craving Set" . Anda poleh memilih sama ada ingin nasi putih atau nasi beras perang. Seterusnya terdapat beberapa jenis lauk seperto 3 jenis sayur (tauge, peria, timun), 4 jenis kuah (kari ayam, kari ikan, kari kacang hijau, dhal), papadom, yogurt dan rasam. Dengan harga RM12.90 ini, anda boleh refill seberapa banyak yang anda suka. Syok kan? 



Selain dari lauk diatas, anda juga boleh pilih menu tambahan seperti Chicken 65, Mutton Varuval, Chicken Varuval, Fried Chicken, Fried Squid Rings, Fried Tenggiri, Crispy Bilis dan Sambal Petai. Menu tambahan ini akan dicaj mengikut menu ya. Momi siap tambah la makan Chicken 65 tu, siap makan sekali dengan yogurt. Memang sedap gais! Jika anda ingin menikmati makan malam di Bananabro, mereka menghidangkan set Dinner Combo dimana anda boleh memilih Craving Set + Chicken 65 dengan harga RM17.90 sahaja.


Lassi Yogurt
Untuk pengetahuan anda, Lassi ini memang WAJIB anda cuba rasa sendiri. Rasanya tidak terlalu manis dan sejuk, jadi anda akan rasa kesegarannya. Di Bananabro, ada 4 jenis air lassi yang boleh order iaitu Original, Mango, Strawberry dan SourSoup. Harga air Lassi adalah RM6.90. Recommended!

Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Sememangnya puas hati juga dapat menikmati Nasi Lemak Ayam with Acar dan Nasi Daun Pisang Bananabro ini. Sememangnya menepati citarasa Momi. Lagi-lagi ada menu tambahan tu, memang layan habis. Bagi anda yang inginkan kelainan, apa kata anda cuba singgah ke Bananabro. Dengarnya mereka anda buka cawangan baru di Mid Valley akan datang. Wah dekat la dengan Momi lepas ni hehe. | Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Nikmati Nasi Atas Daun Pisang Di Bananabro, Berjaya Time Square Kuala Lumpur

Alamat Bananabro Times Square Kuala Lumpur
LG-59B, Berjaya Times Square
Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut mengenai Bananabro, sila hubungi +60327324605, layari laman sesawang rasmi Bananabro atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram rasmi Bananabro untuk perkembangan terkini. 





You May Also Like

1 comments

  1. Sedapnya....sekarang semakin susah nak dapat hidangan nasi/nasi lemak atas daun pisang...atau dibungkus daun pisang...wow teh tarik lawa tu..

    ReplyDelete