Let's 'Muzik Jam' Bersama Ismail Izzani & Naim Daniel Di hurr.tv !


Let's 'Muzik Jam' Bersama Ismail Izzani & Naim Daniel Di hurr.tv !

Let's 'Muzik Jam' Bersama Ismail Izzani & Naim Daniel Di hurr.tv ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv sedang memperkenalkan sebuah program muzik online terbaharu yang seumpamanya iaitu ‘Muzik Jam’. Program 'Muzik Jam' ini menampilkan beberapa YouTuber untuk bersaing dalam acara nyanyian dan jika mereka dapat undian yang tertinggi akan layak ke pusingan seterusnya.

'Muzik Jam' akan dihoskan oleh dua penyanyi berbakat dan menyerlah pada masa kini iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel.  Episod web pertama telah disiarkan secara langsung pada 28 Mac 2018 yang lalu. Untuk pengetahuan anda, program ini akan bersiaran langsung pada setiap hari Rabu dan ditayangkan sebanyak enam (6) episod.

Let's 'Muzik Jam' Bersama Ismail Izzani & Naim Daniel Di hurr.tv !

Format Muzik Jam
Setiap episod web ‘Muzik Jam’ akan menampilkan dua YouTuber untuk bersaing serta menonjolkan kekuatan vokal dengan menyanyi akustik secara langsung mengikut tema yang ditetapkan setiap minggu seperti balada, pop atau rock. Anda sebagai penonton memain peranan penting untuk mengundi YouTuber pilihan anda sebagai pemenang mingguan. Undian ini hanya dibuka semasa siaran langsung sahaja. Undian anda juga akan menentukan YouTuber mana yang layak kekal di pentas 'Muzik Jam'. Oh ya, pemenang mingguan juga berpeluang untuk berduet secara langsung bersama hos mingguan di penghujung setiap episod web. Awesome kan?

Let's 'Muzik Jam' Bersama Ismail Izzani & Naim Daniel Di hurr.tv !

Senarai YouTuber Yang Bertanding Dalam 'Muzik Jam'
Tujuh YouTuber yang bakal ditampilkan pada rancangan ini adalah : 

Sheryl Syazwanie (Minggu 1)
Yazmin Aziz (Minggu 1)
Alyssa Dezek (Minggu 2)
Sarah Suhairi (Minggu 3)
Shahida Supian (Minggu 4)
Aqeesh Aleeya (Minggu 5)
Mimi Nazrina (Minggu 6)

Episod Pertama (28 Mac 2018)
Minggu pertama 'Muzik Jam' menyaksikan dua YouTuber yang bersaing iaitu Yazmin Aziz dan Sheryl Syazwanie dan dihoskan oleh Ismail Izzani. Yazmin telah memilih lagu 'Marry You' oleh Bruno Mars dan pesaingnya, Sheryl telah memilih lagu ‘Perfect’ oleh Ed Sheeran untuk bertanding. Rezeki menyebelahi Yazmin Aziz apabila beliau muncul sebagai peserta kegemaran dan bersaing dengan YouTuber seterusnya pada 4 April 2018. Sebagai reward, Yazmin telah berduet bersama Ismail Izzani dengan menyanyikan lagu 'Demi Kita'.Saksikan episod web pertama di sini.

Let's 'Muzik Jam' Bersama Ismail Izzani & Naim Daniel Di hurr.tv !

Saksikan ‘Muzik Jam’ yang dibawakan oleh muca dan MyMotor pada setiap hari Rabu bermula pukul 8.30 malam eksklusif hanya di hurr.tv. Jangan lupa untuk undi penyanyi kegemaran anda ya! Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv sila layari laman web hurr.tv dan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai 'Muzik Jam' dan program baharu sila ikuti laman media sosial hurr.tv di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube hurr.tv


Post a Comment

0 Comments