Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda

Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda
Pelancaran 8coin

Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pernah tak anda dengar mengenai "8Share" beberapa tahun lalu? Momi juga pernah berdaftar dibawah 8Share dulu. Untuk pengetahuan anda, 8Share kini dikenali dengan nama baharu iaitu "8coin". Baru-baru ini berlangsungnya majlis pelancaran Aplikasi 8coin di The Roof, Bandar Utama Damansara oleh Media Prima Lab dan Rev Asia Berhad pada 5 April 2018. 

Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda
Selfie Sikit!

Mengenai 8coin
Aplikasi mudah alih 8coin ini merupakan kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang gemar untuk mendapatkan barangan percuma, menjana pendapatan tambahan, dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Sehingga kini, lebih dari 770,000 pengguna media sosial di seluruh Malaysia telah mendaftar di 8coin.

Fungsi 8coin
Ia berfungsi sebagai platform untuk pengguna mendapatkan ganjaran dengan cara berkongsi kandungan yang menarik di media sosial mereka. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform untuk para pemasar melibatkan pengguna-pengguna 8coin sebagai penyokong kandungan sosial bagi mempromosikan jenama mereka di media sosial. Menarik bukan?

Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda


Apa Yang Menarik Mengenai 8coin? 
Pada bahagian "Specials" dalam aplikasi mudah alih tersebut, terdapat kandungan yang menawarkan tajaan merangkumi filem, permainan, acara, produk dan pertandingan terkini. Para pengguna yang berkongsi ruangan "Specials" di media sosial mereka, ganjaran akan diberikan dengan setiap kunjungan unik yang berjaya dibuat melalui link tersebut. Setakat ini, lebih RM8 juta ganjaran telah diberikan kepada pengguna aplikasi 8coin ini.

Dalam aplikasi ini, pengguna diberi peluang untuk mendapatkan ganjaran wang tunai ataupun menebus pelbagai barangan menarik dengan coin yang mereka perolehi sama ada melalui aplikasi mudah alih atau melalui laman sesawang 8coin.

Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda
8coin Point & Specials

Sekitar Majlis Pelancaran 8coin
Semasa majlis pelancaran, para tetamu yang hadir diberi sekeping kad dimana mereka perlu lengkapkan 4 cop dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Apabila kesemua cop lengkap, para tetamu layak untuk menyertai cabutan bertuah. Memang menarik gais! Momi dapat beberapa hadiah istimewa seperti kad H&M, kupon diskaun dan paling best, 1000 coin. Yeayy!

Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda
Busynya mereka nak siapkan task. hehe

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan REV Asia Bhd, Voon Tze Khay; Pengarah Urusan Media Prima Bhd (MPB), Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali dan kini secara rasminya anda boleh memuat turun aplikasi ini di platform yang disediakan.

Aplikasi 8coin - Platform Untuk Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Anda
Tahniah!

Muat Turun Aplikasi 8coin
Untuk memuat turun aplikasi 8coin, anda hanya perlu ke Google Apps Store (untuk pengguna Android) atau Apple App Store (Apple) dan cari "8coin". Kemudian, Install aplikasi tersebut dan daftar atau log-in. Memang mudah! Selain itu, anda juga boleh buka melalui laman sesawang 8coin.


Tunggu apa lagi? Jangan lupa share-share kan di laman media sosial anda. "BE SOCIAL, GET REWARDED".

All Photo credit to Dik Bee.

Post a Comment

4 Comments

Hani Rahman said…
Kalau dah ada 8share, kena daftar 8coin jgk. Ker dia automatik tukar ?Duit dlm 8share cam ner ? Blh transfer ker ?
Rafzan Tomomi said…
boleh. pakai akaun yang sama sahaja. nanti sis cuba install dan login dulu pakai akaun yang lama.
joe4976 said…
Point kat 8share tu mcm mane mane? Automatik bw 8coin ke mcm mane? Sbb sblm sy guna 8share tiba2 da kena masuk kat 8coin. Kat 8share tunjuk nilai. Tapi kat 8coin tunjuk poin. Brape nilai pn tak tau .
Unknown said…
Adehhh mccm mana cara nak main 8coin ni,still x paham