Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018!

by - 3/22/2018 11:33:00 pm

Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018!

Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pada 17 Mac 2018 yang lalu, Momi telah menyaksikan persembahan Panggung Seni Tradisional di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC yang menampilkan persembahan "WADIRA = Wayang Kulit, Dikir Barat, Menora". Tahukah anda, setiap tahun Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Panggung Seni Tradisional untuk memulihara dan memelihara kesenian tinggi bagi mewujudkan platfrom kesenian tradisional dinikmati oleh masyarakat ibu kota.

Panggung Seni Tradisional ini dilancarkan oleh Ketua Pengarah JKKN oleh Tan Sru Norliza Rosil di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 16 Mac lalu. Program ini merupakan kesinambungan yang dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2013 hingga kini. Ia memberi peluang kepada pelancong dan peminat kesenian tradisional tempatan untuk menyaksikan persembahan kesenian tradisional.

Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018!
Wayang Kulit

Untuk tahun 2018, Panggung Seni Tradisional akan dipersembahkan di Dewan Tunku Abdul Rahman (MaTiC) dengan menampilkan tujuh (7) persembahan. Berikut ada jadual Panggung Seni Tradisional 2018 untuk rujukan anda :

16 & 17 Mac 2018 - "WADIRA = Wayang Kulit, Dikir Barat, Menora"
27 & 28 April 2018 - "Sitar"
20 & 21 Julai 2018 - "Opera Cina"
17 & 18 Ogos 2018 - "Teater Tradisional Mek Mulung"
7 & 8 September 2018 - "Ekspresi Muzika Sape"
28 & 29 September 2018 - "Tarian Tradisional Makyong"
26 & 27 Oktober 2018 - "Rampai Sari Tari Malaysia"

Sebanyak sembilan (9) kumpulan terlibat dalam pementasan Panggung Seni Tradisional iaitu Akademi Arjunasukma, SwarAsia, Persatuan Peminat Opera dan Muzikal Cina Totalmas, Darinai Dance, Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia Sape Collective, Kumpulan Makyong Kijang Emas, Kumpulan Kesenian Universiti Malaysia (KESUMA) dan Sekolah Seni Malaysia, Johor.

Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018!
Poster Rasmi WADIRA

WADIRA = Wayang Kulit, Dikir Barat, Menora
Untuk pembukaan siri pementasan Panggung Seni Tradisional ini dimulakan dengan persembahan WADIRA yang merupakan singkatan gabungan tiga kesenian tradisional iaitu 'Wayang Kulit', ' Dikir Barat' dan 'Menora'. Persembahan yang bertajuk 'Limau Nipis Naga Berseru' dibawakan oleh kumpulan Akademi Arjunasukma. Menariknya pementasan ini menampilkan Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin dan artis yang tular dengan watak Pok Ya Cong Codei, Sabri Yunus.

Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018!
Artis Undangan : Sabri Yunus

Pengalaman pertama menonton pementasan ini memang best. Untuk pertama kalinya Momi dengar mengenai WADIRA. Momi memang sudah lama teringin nak tengok Wayang Kulit secara depan mata, dan akhirnya dalam pementasan ini Momi dapat menyaksikannya. Hasil gabungan yang menarik dan baik sekali. Memang enjoy the show-lah walaupun tak berapa faham bahasa Kelantan tetapi dengan gabungan ini buat Momi terhibur. | Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018!

Panggung Seni Tradisional 2018 - JKKN Meneruskan Panggung Seni Tradisional Untuk Tahun 2018!
Dikir Barat

Menora

JKKN berharap pementasan seni tradisional secara berkala akan memberi peluang kepada warga kota menghayati dan menghargai seni budaya. Untuk maklumat lanjut mengenai JKKN, sila layari laman web rasmi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara  dan ikuti mereka di laman sosial rasmi JKNN untuk mengetahui pengumuman terkini mengenai Panggung Seni Tradisional : Facebook dan Instagram.

You May Also Like

0 comments