Pengalaman Ke Anugerah Juara Lagu 32 Di Axiata Arena, Bukit Jalil

by - 2/14/2018 05:00:00 pm

Pengalaman Ke Anugerah Juara Lagu 32 Di Axiata Arena, Bukit Jalil

Pengalaman Ke Anugerah Juara Lagu 32 Di Axiata Arena, Bukit Jalil | Assamualaikum & Salam sejahtera gais! Ahad lalu telah menyaksikan 12 buah lagu bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32). Bersiaran selama 3 jam bermula 9.00 malam, Momi antara saksi yang melihat "Jampi" yang dinyanyikan oleh Hael Husaini telah dinobatkan sebagai Juara Lagu pada malam tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama kali Momi ke Anugerah Juara Lagu setelah 32 tahun siarannya. Jom baca.

Pengalaman Ke Anugerah Juara Lagu 32 Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Hey gais! I'm here.
Jika sebelum ini, Momi antara yang paling excited dekat rumah semasa menunggu bermula AJL saban tahun, rasanya seawal 8 tahun mengikuti AJL ni. Tak pernah terfikir untuk menonton secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil tahun ini tapi memang tak sangka, dapat tiket ke AJL32 , serius memang teruja habis. Untuk pertama kalinya, dengar 12 buah lagu secara live. Dihoskan oleh Sherry Al-hadad dan Alif Sattar, rasanya gandingan yang menarik dan best-lah!

Pengalaman Ke Anugerah Juara Lagu 32 Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Kekabom! Persembahan Pembukaan Dari Stacy

Setiap tahun pasti akan nantikan persembahan permulaan dari siapa? Untuk AJL32, Pembukaan dipersembahkan oleh Stacy bersama Waris dengan persembahan medley "Aku Stacy", "Bosan" dan "Pakai Buang". Semua penonton bersorak melihat Stacy muncul di pentas utama. Serius, memang teruja betul, rasa nak menari dengan Stacy pula hehe. Persembahan yang 'energetik' dari Stacy.

Pengalaman Ke Anugerah Juara Lagu 32 Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Persembahan Memukau Dari Syamel & Ernie Zakri

Kemudian, bermulalah pertarungan sebenar antara 12 buah lagu. Mengikut urutan; "Lebih Sempurna" dinyanyikan oleh Syamel, "Sejati" (Azmi Caliph Buskers), "Aku Yang Sebenar" (Hazama The Penglipur Lara), "Menahan Rindu" (Wany Hasrita), "Jampi" (Hael Husaini), "Akhirnya, Cinta" (Salma), "Separuh Mati Ku Bercinta" (Dayang Nurfaizah), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), "Amboi" (Altimet), "Warkah Untukku" (Ara Johari), "Bayang" (Khai Bahar) dan "Tergantung Sepi" (Haqiem Rusli), kesemua persembahan semakin lama semakin menghangatkan suasana di Axiata Area, Bukit Jalil. Most-meremang bulu roma-moment ialah persembahan dari Hael Husaini, Salma, Dayang Nurfaizah, Syamel dan Ernie Zakri serta Haqiem Rusli.


Persembahan "Aku Cinta" dari Syamel & Ernie Zakri
sumber : TV3 Malaysia Official Channel

Selesai semua lagu dipersembahkan, kini masa untuk ber-pop yeh yeh di Axiata Arena. Memang havoc habis semua. Persembahan Interlude ini menampilkan Datuk A. Rahman Hassan dan Datuk Jeffrydin bersama Awie dan Siti Sarah. Datuk A. Rahman Hassan mulakan persembahan dengan lagu evergreen beliau, "Tak Mengapa".  Seterusnya Datuk Awie tampil dengan lagu "Suzanna" dan Siti Sarah menyanyikan lagu "Syurga Idaman" dan "Siapa Gerangan". Penutup persembahan ini dinyanyikan oleh Datuk Jeffrydin dengan lagu "Kenanganku". Memang sempoi habis!

Pengalaman Ke Anugerah Juara Lagu 32 Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Persembahan Haqiem Rusli

Akhirnya yang ditunggu-tunggu, bahagian pengumuman untuk pemenang AJL32. Momi pada awalnya tak pasti lagu mana yang menjadi pilihan untuk Juara Lagu 32 ni. Serius, Momi tak sangka lagu Hael Husaini, "Jampi" menjadi Juara Lagu pada malam tersebut. Berikut adalah keputusan pemenang AJL32 : 

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung
Khai Bahar

Pesembahan Terbaik AJL32
Amboi - Altimet

Vokal Terbaik AJL32
Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri

Tempat Ke-3 AJL32
Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Komposer : Ibnu & Gouffran
Penulis Lirik : Ibnu & Gouffran

Naib Juara AJL32
Sejati - Azmi Caliph Buskers
Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

Juara AJL32
Jampi - Hael Husaini
Komposer : Hael & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael & Ezra Kong



Persembahan "Jampi" dari Hael Husaini
sumber : TV3 Malaysia Official Channel

Tamat sudah AJL32. Tahniah kepada para pemenang AJL32. Rasanya AJL kali ini boleh dikatakan menarik dan menghiburkan. Dari pengacara, peserta dan paling penting penonton yang sporting. Suasana menonton di Axiata Arena Bukit Jalil dan menonton di kaca TV memang berbeza, rasa kehangatan dan kemeriahannya! Semoga AJL mengekalkan momentum seperti AJL32. Tak sabar nak tunggu AJL33 tahun hadapan. Terima kasih kepada Xtra di atas tiket AJL32 ini. Ini merupakan pengalaman yang menarik untuk Momi. Dapat rasa sekali pon dah okay dah hehe. 

You May Also Like

8 comments

  1. wahhh.. bestnye momi dapat pergi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis. Memang gembira dan seronok sangat daapt tengok dalam Arena :)

      Delete
  2. seronoknya dpt tgk LIVE.. kak Liez mmg tak merasa la nak pergi..kak liez #teamaltimet

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. In shaa Allah ada rezeki nanti pergi ya. kita team #dayang hehe

      Delete
  3. best kan dapat tengok live. hehehehe

    mrejoy.com

    ReplyDelete
  4. wow syiooookla dapat tengok live. meriah yang amat kali ni AJL kan.. puas hati n the best AJL rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sememangnya antara AJL terbaik. dari pengacaraan, lagu-lagu yang bertanding dan konsep :)

      Delete