Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini Momi berkesempatan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit di Hotel Sheraton Petaling Jaya. Majlis berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran para tetamu bermula 7.00 malam. Majlis Makan Malam ini bertemakan "The Glamorous of Batik".

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Sementara menunggu majlis bermula, Momi sempat berjalan-jalan dekat ruang legar Dewan Grand Ballroom. Pelbagai booth jualan disediakan untuk para tetamu shopping. Tidak lupa, turut disediakan Photobooth untuk kenangan menghadiri majlis ini. Momi semestinya tidak melepaskan peluang untuk bergambar disini ya.

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari Pengerusi Wanita Elit, Datin Seri Nurzarina Sepran. Majlis disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Majlis turut diselang selikan dengan persembahan dari artis jemputan seperti Kumpulan Zaidan, Umar Uzair, Amelina dan ramai lagi. 

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit
Ucapan dari Pengerusi Wanita Elit, Datin Seri Nurzarina Sepran

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit
Perasmian Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Menariknya bukan sahaja persembahan nyanyian, turut diadakan sesi perkongsian bersama Ustazah Nurlaila Arnizah Zakaria. Turut dipersembahkan bacaan puisi oleh Wan Hartini (ahli Pertubuhan Wanita Elit). Selain itu, ada pertandingan dekorasi kek yang paling cantik, pertunjukan fesyen dan cabutan bertuah. 

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit
Antara Persembahan 

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit
Pertunjukan Fesyen

Tahniah buat Pertubuhan Wanita Elit untuk Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan ini. Everything is great dari pembukaan sampai penutup , memang best. Makanan yang dihidangkan juga menarik, sampai kenyang Momi dibuatnya. Terima kasih atas jemputanya. Semoga Pertubuhan Wanita Elit terus sukses ya! Anda boleh saksikan kemeriahannya disini. (Live Streaming Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit)

Majlis Makan Malam Amal Dan Penyampaian Sumbangan Oleh Pertubuhan Wanita Elit

Mengenai Pertubuhan Wanita Elit 
Pertubuhan Wanita Elit ditubuhkan dengan Misi Dan Visi meningkatkan ekonomi Wanita di Malaysia khususnya. 'ELIT' bermaksud Ekonomi, Legasi, Inovasi & Teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2016 untuk menjadi platform kepada wanita untuk lebih berilmu, berdaya saing serta berketrampilan. Pertubuhan Wanita Elit di pengerusikan oleh Datin Sri Hajah Nurzarina Serpan dan dibantu oleh Puan. Gienna Ali serta beberapa orang AJK. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertubuhan Wanita Elit , sila hubungi : 

No Tel : + 6016 205 8970 / + 6019 272 6911 
Email : pertubuhanwanitaelit@gmail.com


Post a Comment

0 Comments