Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Adakah anda penggemar aiskrim, madu dan susu? Momi nak cerita sikit mengenai "Softree" yang merupakan sebuah jenama dari Korea. Menariknya Softree telah menghasilkan aiskrim yang diperbuat dari bahan campuran susu organik dan madu asli. Untuk pengetahuan anda, ini adalah cawangan Softree pertama di Malaysia. Baru-baru ini Momi berpeluang untuk merasai sendiri aiskrim Softree ini.
Mengenai Softree Malaysia
Softree mula diperkenalkan di Korea pada tahun 2013. Cawangan Softree pertama dibuka di Malaysia dekat MyTown Cheras, Kuala Lumpur. Menariknya bahan-bahan yang digunakan dalam aiskrim Softree adalah segar, tulen dan berkualiti tinggi kerana ia didatangkan khas dari Korea. Selain itu, ia juga menyediakan aiskrim yang sihat tanpa bahan pengawet yang lain. Untuk pengetahuan anda, Softree adalah jenama yang membawa 'trend' untuk mengeluarkan produk aiskrim susu dan sarang lebah.
Softree menyediakan dua perisa aiskrim mereka iaitu perisa asli dan dark chocolate (coklat gelap). Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan cawan atau kon. Perisa aiskrim Softree yang paling famous dan merupakan salah satu signature-nya ialah "Wow! Honey Chips". Selain itu, terdapat beberapa perisa lain yang pasti buat anda ingin cuba seperti 'Cheese' (keju), 'Crunchy Yoghurt', Mangga, Coklat dan beberapa pilihan yang lain.
![]() |
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia |
Menu Softree Malaysia
Momi berkesempatan untuk cuba beberapa perisa aiskrim dekat Softree ini. Jom kita close up sikit aiskrim yang Momi dapat rasa :
Momi memang suka tiga perisa aiskrim iaitu 'Wow! Honey Chips', 'Mango Mango' dan 'Guerande Sel' bersama 'Mother Bread'. Memang berpuas hati dengan keempat-empat pilihan yang Momi pilih. Momi syorkan anda cuba yang Momi cuba ini ya. Memang meletops! | Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia
![]() |
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia |
![]() |
Softree Malaysia - Aiskrim Susu Organik & madu Asli Kini Tiba Di Malaysia |
Alamat Softree Malaysia
Lot No.B1 056, Basement 1,
MyTown Shopping Centre,
No. 6 , Jalan Cochrane, Seksyen 90,
55100 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut serta promosi mengenai Softree, sila layari Facebook Rasmi Softree dan Instagram Rasmi Softree.
16 Comments
wah nak jugak..
ReplyDeleteWAHHHHHH! DEKAT MY TOWN JE KE ADA, BENCI LAHHHHHHH..... DIA PUNYA KONSEP MACAM MILKCOW JUGAKLA KAN.. ALA ALA YOGURT GITU... HARGA WOWWWWW BOLEH TAHAN MAHAL GAKKAN... NANTI LA NAK TRY SEKALI.
ReplyDeleteWow teringin nak try dark chocolate dia.. harga not bad !
ReplyDeleteAww. Teringin lah nak cuba yang signature honey tu. Nampak macam tempting gila. Boleh cuba nti g sana.
ReplyDeleteIngatkan ape la td softree..ice cream rupanya..hehe..macam tak jauh tp kalau dah suka tu..jauh pun rasa dekat kan..nanti nak ajak anak² gi softree
ReplyDeleteThat signature ice cream looks so yummy!
ReplyDeleteKlu dekat dah pegi nk rasa. Tliur taw.
ReplyDeleteWah peminat dessert macam Lia kena try ni Softree. Pilihan yang banyak, hrga yang berpatutan dan nampak sedap.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Softfree...hmmm sedapnya, kak tgk semua aiscreamnya mcm sedap2 belaka, aiscream memang sedapkan?
ReplyDeletehi momi!! hahaha adoi lahh bru smpai sni har, WOW GILER YG MAGIC LAMPS tu!!! adakah coffee base??? ya Allah menggoda giler!!!
ReplyDeleteBoleh tahan gak harganya. Harap2 berbaloi la. Lagipun dekat area cheras je tu
ReplyDeleteMomi, paling teringin nak rasa yang asli tu! Wakkkk,jom la makan sini nanti, teringin lama dah,emmmmm
ReplyDeletebestnyaaa. dahlah fav kita aiskrim wak. jommm pergi reramai makan sini nanti momi. nampak macam sedap je tuu.
ReplyDeleteyummyy.. hurm. nampak sedap didrasa mcm yougudykey . keypadkakukproblem ke apa ni..
ReplyDeletealaaa wakkk.. awat kat mytown jaaa??? xpe la, nanti bawak itew pi ekk. Nak jugak rasa sbb macam menarik jeee
ReplyDeletesedapnyaaa nampak., tapi dekat mid ada tak
ReplyDelete