11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi

by - 12/05/2017 04:51:00 pm

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Oleh kerana ramai yang bertanya (walaupun lima, enam orang) macam mana nak bergaya ala Momi ni masa bergambar. Maka dengan ini secaranya 'confident'-nya Momi nak kongsikan kepada anda, teknik bergambar yang cantik dari Momi. Mostly memang selalu anda akan nampak dekat social media Rafzan Tomomi.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Genting Highlands

Untuk memastikan gambar itu cantik dan sedap mata memandang, Momi edit secara pantasnya dekat aplikasi 'VSCO Cam' sebab kebanyakkan filter dekat aplikasi ini memang menarik. Selain dari pilih filter, Momi akan memastikan gambar tersebut cantik dan sesuai untuk dipublish. Sebenarnya setiap satu gaya ada namanya tapi Momi hanya listkan 11 gaya bergambar persis Rafzan Tomomi. Anda sudah bersedia? 

01 Gaya Kaki Silang
Gaya kaki silang ni orang kata 'signature' bila Momi bergambar. Memandangkan berat badan semakin meningkat, susah sikit nak buat kaki silang haha. Bila buat ni confirm tengah rajin atau baru mula photoshoot gitu. Gaya silang kaki ini sudah lama digunakan sejak dahulu kala lagi sebenarnya. Jika kaki dan peha anda kurus dan cantik, cubalah bergaya macam ni.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Silang dekat Kampung

02 Gaya Cekak Pinggang
Untuk gaya kedua ini, ada hubung kait dengan posing yang pertama. Kalau kaki silang atau kaki kanan kedepan, mesti nak cekak pinggang. Mungkin fefeeling top model agaknya haha. Ini pon salah satu posing yang Momi selalu jugak buat sebab apa sebab nak tunjuklah Momi ramping wakk! haha


11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Photoshoot bersama Kaio Studio

03 Gaya Kaki Terbuka
Inspired by someone rasanya. Kadang-kadang bila buat gaya kaki terbuka ni rasa macam gorgeous dan feeling international  dan nampak lebih yakin rasanya (confident!). Tengok saja gambar dibawah, kemain lagi kan gayanya, lagi-lagi bergambar bersama kuda ni. Masa ni dah risau kot-kot kuda sepak Momi, takut tau. haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Terbuka bersama Kuda di De Palma Eco Resort Kuala Selangor
Gaya Kaki Terbuka semasa Photoshoot bersama YLZ Studio


04 Gaya Kaki Kanan Ke Hadapan
Ada sebabnya bergaya seperti ini. Gaya ini bertujuan untuk menyorokkan beberapa lemak dipeha haha. Tiada penerangan yang lebih terperinci haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Kanan Ke Hadapan di Lombok, Indonesia
Kapal Korek Tanjung Tualang, Perak

05 Gaya Kaki Terangkat
Ini juga salah satu gaya signature Momi suatu ketika dahulu. Gaya kaki terangkat ini melambangkan keceriaan dalam gambar katanya. Kalau orang tengok Momi bergambar mesti akan menjangkakan kaki akan terangkat haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Terangkat

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Terangkat


06 Gaya Kaki Jongket
Fefeeling pakai heels ke tu? Tidak ya gais. Momi suka buat gaya kaki jongket ini untuk nampak lebih tinggi dari biasa. Untuk menampakkan kelainan yang sering Momi tonjolkan. Bila jongket kaki nampak lebih keyakinan. Rasanyalah ! haha.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Kaki Jongket dekat Lost World Of Tambun, Ipoh


07 Gaya Ala Candid
Ini adalah salah satu gaya kegemaran Momi. Nampak seperti menjiwai watak kan? Momi adalah seorang yang pantang nampak kamera menghala ke arahnya. Jadi memang sentiasa bersedia untuk buat ekspresi comel, cantik, manja dan sebagainya. Momi suka buat gaya ala candid ini sebab nampak lebih 'lively' dan menonjolkan ekspresi wajah dalam gambar.

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Ala Candid di atas StarCruise Libra 
11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Ala Candid Dekat Glamping Lost World Of Tambun, Ipoh
11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Ala Candid Dalam Bas Smiley

08 Gaya Pelik Tapi Cantik
Tidak pasti sama ada followers suka ke tidak. Kadang-kadang Momi suka cuba buat gaya lain dari yang lain, mana taknya asyik gaya yang sama sahaja kan? Jadi kenalah cuba. Bila dah buat gaya pelik-pelik dalam 10 gambar macamtu, yang betul-betul cantik ada sekeping dua sahaja. Yang lain, anda pasti tak sanggup nak lihat. Serius menjengkelkan ! haha

Lebih menarik bila kawan-kawan yang ada bagi idea macam mana nak buat gaya yang pelik. Lagi-lagi si Ara Kimora tu, memang menggalakkan sungguh. Lagipun kami memang suka buat ujikaji terhadap gaya masing-masing haha. 

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Pelik Tapi Cantik di sekitar Putrajaya


09 Gaya Bersama Langsir
Gaya bersama langsir ini bakal menjadi salah satu signature Momi. Idea ini baru sahaja muncul dan merupakan hasil idea dari beberapa Instafamous yang suka selfie belakang langsir. Dari belakang langsir, Momi ubah sedikit ditepi langsir haha. Sila berjaga-jaga dengan langsir di rumah anda, jika Momi berkunjung ke rumah anda ya hahaha.  

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Bersama Langsir di Kampung


10 Gaya Separuh Muka
Sebenarnya bukanlah selfie separuh muka pon, cuma bila nak upload Momi crop je bahagian bawah hidung hehe. Tak tahu kenapa, Momi suka dengan mata sendiri , bila separuh gambar nampak macam kena pada jiwa pula. Ah gitu ~ 

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Separuh Muka
11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Separuh Muka


11 Gaya Manja Bersama Produk
Sebenarnya ada juga diantara Blogger yang buat gaya seperti ini. Kebiasaanya Momi akan gaya seperti bermanja dengan produk tersebut haha. Mungkin ini salah satu faktor untuk orang nak beli produk kot? Eh. Confidentnya hahaha! Bak kata Bamir, "Anak Melayu Konfiden!" Tak percaya tengok bawah ni, rasa nak beli tak Crispy Choco Jar tu ? haha. 

11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi
Gaya Manja Bersama Produk

Begitulah Momi dedahkan antara sebelah gaya bergambar persis Rafzan Tomomi. Yang paling pentingnya adalah keyakinan bila nak bergambar. Mula-mula memang orang mengata dan ada juga yang akan ketawakan anda. Tak semua orang tu suka dan tak semua orang tu benci. Yang mana berminat dia ikut dan yang mana tak minat dia unfollow. Jadilah diri sendiri ya ! Okaylah entri merapu berhenti disini, terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca entri ini. Sekadar untuk hiburan untuk para pembaca. Assalamualaikum !


You May Also Like

3 comments