Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda sukakan kelainan? Apa kata anda singgah dekat Cheers Cheese dan rasai sendiri menu Cheese dalam minuman anda. Hari ini (23 Disember 2017) Momi sempat singgah dekat IOI City Mall Putrajaya untuk rasa sendiri minuman dari Cheers Cheese.
Untuk pengetahuan anda, cawangan pertama Cheers Cheese dibuka dekat Damansara Utama, Petaling Jaya dan kini ia membuka cawangannya yang kedua di IOI City Mall Putrajaya. Sempena pembukaan cawangan baharu, Cheers Cheese belanja 100 cawan percuma untuk pengunjung yang terawal.
Cheers Cheese memberi pilihan kepada 100 pelanggan terawal untuk memilih tiga jenis seleksi minuman pilihan iaitu Cheese Milk Tea, Cheese Jasmine Green Tea dan Cheese 4 Season Tea. Ini diantara minuman yang berkombinasikan krim keju yang dibuat secara 'handcrafted' . Momi berkesempatan untuk merasai minuman Cheese Milk Tea dan Cheese 4 Season Tea. Rasa kombinasi krim keju dan Milk Tea memang sedap!
Selain dari seleksi minuman krim berkeju, Cheers Cheese turut menawarkan minuman signature seperti Signatured Fruit tea, Cheese Avacado dan juga Cheese Mango. Menariknya selepas memesan minuman anda akan diberi butang bulat sementara menunggu minuman anda siap. Apabila sudah siap, ia akan berbunyi dan bergetar menandakan minuman anda sudah sedia untuk diambil.
Untuk pengetahuan anda, Cheers Cheese masih dalam proses untuk mendapatkan sijil sah halal oleh JAKIM. Jadi anda tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan adalah selamat, segar, dan tidak menggunakan bahan tiruan.
Jangan lupa singgah Cheers Cheese di IOI City Mall Putrajaya dan rasa sendiri Cheese Milk Tea sebab Momi suka! hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Cheers Cheese, sila layari laman rasmi Cheers Cheese.
18 Comments
Best jugak nampaknya cheers chees ni, jarang pergi IOI sebab tinggal kat Seremban
ReplyDeletePenggemar cheese boleh la terjah. Apa la rasa air cheese ni eh?. Sure lemak berkrim....
ReplyDeleteMcm mna agaknya rasa dia. Cheese dlm minuman. Xleh nk bayang 😣 boleh lh terjah nanti memandangkan selalu jugak dtg ioi city mall
ReplyDeleteMakin banyak dah dia buka outlet. Nampak nau sambutan menggalakkan..
ReplyDeleteKalau ade kat sini, memang nak try jugak air ni.
uih mcm mana rasa air cheese pulak ye. semalam baru jalan2 ioi city mall. kat belah mana tu xnmpk pulak AR
ReplyDeleteadoi.. nampak macam sedap je tu.. yang momi pegang tu nampak sedapp.. adoi.. tetiba plak teringin dah ni.. mesti cari ni.. haha
ReplyDeletesis! kalau pergi lagi lain kali ajaklah kita please! sedapnya nampakkk. terliur kita dibuatnya.
ReplyDeleteTak boleh bayangkan rasa air letak cheese momiii. Kene cuba jugak one day ni
ReplyDeleteaku kalau makan cheese cake pun dah terasa muak, paatah lagi dalam air ada cheese..haha..peminat cheese tegar ni mesti suka kan..
ReplyDeleteSedap pula rasanya krim keju bergabung dengan teh. Mesti rasa dia lemak2 krim kan. Nak cuba juga lah. Tak leh tahan tgk gambar2 ni.
ReplyDeleteMcm popular sgt cheers cheese ni. Cheese overload sgt nampaknya haha
ReplyDeleteWow.. apa rasa agaknya yek? Nak rasa, tapi macam tak lalu 😂😂😂
ReplyDeleteIs this something like tealive? Cheese in a drinks 🤔 I wonder how it taste...
ReplyDeleteSedapnya minuman dengan handcrafted keju. Weekend ni nak cuba!!
ReplyDeletekeju dan teh, macam sedap je gabungan ni. dah la suka keju. kena cuba jugak ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
I never thought cheese can be made as a drink. I must try this!
ReplyDeleteRafzan jom singgah sekali lagi, mengidam pula nak rasa yang strawberry tu hehe
ReplyDeleteSelalu dlm makanan ada cheese dalam minuman tak pernah rasa bolehlah cuba nanti.
ReplyDelete