Olaf's Frozen Adventure + Trailer


Olaf's Frozen Adventure + Trailer

Sumber : Disneywikia.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Frozen kembali lagi selepas filem pendek "Frozen Fever" (2015) (ditayangan sebelum filem live-action "Cinderella"). Geng Frozen kembali lagi dengan "Olaf's Frozen Adventure" yang bakal ditayangkan bersama filem animasi Disney Pixar terbaru "Coco" pada November 2017. 

Olaf's Frozen Adventure + Trailer

Sumber : Disneywikia.com

Sinopsis Olaf's Frozen Adventure
Filem pendek "Olaf's Frozen Adventure" yang berdurasi selama 21 minit ini mengisahkan semasa musim cuti berlangsung di kerajaan Arendelle, Elsa beritahu Anna bahawa mereka tidak pernah ada tradisi bercuti sejak kematian ibu bapanya. Walau bagaimanapun, harapan ditangan Olaf dan Sven yang memutuskan untuk meneruskan pengembaraan epik dan mencari tradisi yang sempurna untuk Elsa & Anna sebelum hari besar itu tiba. Olaf's Frozen Adventure dibintangi oleh empat suara original dari filem "Frozen" iaitu Idina Menzel (Elsa), Kristen Bell (Anna), Josh Gad (Olaf) dan Jonathan Groff (Kristoff).

Olaf's Frozen Adventure + Trailer

Sumber : Disneywikia.com

Senarai Lagu Olaf's Frozen Adventure
Untuk filem ini, ada empat (4) buah lagu baru yang dihasilkan oleh Elyssa Samsel dan Kate Anderson iaitu "Ring in the Season", "The Ballad of Flemmingrad", "That Time of Year" dan "When We're Together". Film's score telah dihasilkan oleh Christophe Beck and Jeff Morrow. Soundtrack untuk filem pendek ini telah di-release-kan pada 3 November 2017 oleh Walt Disney Records.

Trailer Olaf's Frozen Adventure


Tarikh Tayangan Olaf's Frozen Adventure
"Olaf's Frozen Adventure" bakal ditayangkan semasa/opening filem animasi "Coco" pada 23 November 2017 (Malaysia). Kepada peminat Frozen, berita baik untuk anda dimana filem kedua Frozen bakal ditayangkan pada November 2019! Can't wait! 


Post a Comment

20 Comments

Suria Amanda said…
Momi....akak kan...anak- anak suka tgok frozen tau..sampai setiap dialog diorang hafal..inikan pulak jalan cerita kan...masa tu hari2 non stop pasang citer frozen ulang2 naik jemu..takde chance nak tgok citer lain...alaa...keluar plak Olaf's ni nanti lagi la teruk....huwaaaaaaa
Nisa Kay said…
ouhhh ada kisah mengenai olaf ye. nak tengok la nanti !
Rafzan Tomomi said…
hehe samalah dengan Momi. masa demam Frozen tu, berapa kali tengok hahaha.
Rafzan Tomomi said…
ye sis. kena beli tiket filem 'Coco' baru boleh tengok hehee
Berita baik untuk anak menakan ni . Diorang sula sangat tengok cerita frozen
Ruby said…
Olaf ni ada dengan movie COCO kan dalam beberapa minit gitu. Tapi dia punya happy nak buat macam-macam seronok tengok.
mrspuex said…
rentetan dari cerita frozen ye.. ni pasal olaf je.. amboii.. dah tukar jadi watak utama dah olaf ni..hahahaha.. ok masuk dalam list utk anak anak nnti.. thanks momi for sharing the info..
Beto Rahman said…
Habislahh kena ulng tgk cerita ni pulak nnt dgn anak. 😂
Alia Farhan said…
Bestnya...
Bukan anak akk ja excited ni...
Akak pun sama naik excited ni...
Tak sabarrr
Anak akak minat sangat citer frozen ni. Boleh tggu dia keluar. Memang nak tgk jugak movie coco tu.
Balqis Athirah said…
Excitednya nak pi tengok. Kita suka tengok kartun frozen ni. Lagu pun best-best jugak.
Mahagosip said…
Tak sabar nak tunggu cerita ini tayang memang kita suka watak Olafs ni kelakar dan menawan hati kalau ada patung bentuk Olafs nak beli jer heheheheh..
Lia Hasty said…
eh tak sabarnya nak tengok cita 24 nov ni. suka juga layak kartun ni.
Māmy Syu said…
Pandai lah orang disney ni..haha nak menarik orang tengok cite coco ramai-ramai, diorang pancing dengan Olaf hehe
Azirahman said…
Bersedialah utk yang ada anak-anak pwminat frozen. Terima kasih for the info.
Azlinda said…
haaaaaaaa...ni menarik sangat awa..... anak2 akk pasti tak sabr kalau depa tahu ni
Hanny Abdullh said…
Aeysha suka lah ni, cuti sek nanti sure dia nak gi rgok gan kenkawan dia.
Luqman Zakaria said…
Kita kalau kartun semua layan haha. Coco tuh pon macam best jgak momi! hehe
Rawlins GLAM said…
Wah! Menarik nie. Rawlins akan bawa anak-anak saudara sekali la nanti. Mesti diorang gembira gila.