Bintang RTM 2018 | Ujibakat Bintang RTM 2018 Bermula Disember 2017

by - 11/27/2017 12:32:00 am

Bintang RTM 2018 | Ujibakat Bintang RTM 2018 Bermula Disember 2017

Bintang RTM 2018 - Ujibakat Bintang RTM 2018 Bermula Disember 2017 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Bintang RTM telah melahirkan ramai penyanyi yang sangat berbakat dan masih menempah nama dalam industri muzik masa kini. Antara artis kelahiran Bintang RTM ialah Dato' Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Nora, Liza Hanim Misha Omar, Sarah Raisuddin, Azharina Azhar, Ernie Zakri, dan ramai lagi. Untuk tahun 2018, sekali lagi Bintang RTM kembali dengan ujibakat yang bakal diadakan Disember ini. Momi nak share sikit info mengenai Ujibakat Bintang RTM 2018 yang bakal bermula Januari 2018.

Tarikh Uji Bakat Bintang RTM 2018

ZON SELATAN
Tarikh : 1 - 3 Disember 2017
Lokasi : Kilang Bateri, Johor Bahru
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON TIMUR
Tarikh : 2 & 3 Disember 2017
Lokasi : RTM Kuantan, Pahang
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON SARAWAK
Tarikh : 9 & 10 Disember 2017
Lokasi : RTM Kuching, Sarawak
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON SABAH
Tarikh : 9 & 10 Disember 2017
Lokasi : RTM Kota Kinabalu, Sabah
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON UTARA
Tarikh : 16 & 17 Disember 2017
Lokasi : RTM Pulau Pinang
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

ZON TENGAH
Tarikh : 22 - 24 Disember 2017
Lokasi : MyTown Cheras, Kuala Lumpur
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Baca Juga : Expo Negaraku 2017

Syarat Uji Bakat Bintang RTM 2018
  • Anda WAJIB mengisi borang penyertaan uji bakat dengan lengkap.
  • Borang hanya boleh didapati di tempat ujibakat.
  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur antara 17 tahun hingga 25 tahun.
  • Mempunyai perwatakan yang menarik.
  • Sila sertakan satu salinan kad pengenalan & sekeping gambar berwarna berukuran 4R.
  • Menyanyikan lagu-lagu ciptaan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama pop komersial, balada, rock, r&b, Jazz, dangdut dan pop etnik.
  • Genre lagu yang tidak dibenarkan – irama ‘trash’, ‘punk’, ‘heavy metal’, ‘black metal’, ‘underground’ dan lagu yang tidak diluluskan oleh pihak Panel lagu RTM.
  • Peserta WAJIB membawa muzik ‘minus-one’ lagu pilihan dalam bentuk CD ataupun DVD karaoke.
  • Berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
  • RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang melanggar syarat yang ditetapkan.
  • Peserta akan diadili oleh panel juri profesional yang dilantik oleh RTM.
  • Hanya peserta yang LAYAK akan dihubungi.
akan diubah dari semasa ke semasa.


You May Also Like

8 comments

  1. wah kena bagitahu amir ni. dia kan cita2 nak jadi macam misha omar

    ReplyDelete
  2. tak lepas had umur la plak hahaha

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. around this month kot, cuma tak diumumkan lagi tarikh. :)

      Delete
  4. Kalau tahun ni 16 tahun. Tp tahun depan 17 tahun. Boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak pasti. boleh hubungi Facebook Hiburan TV RTM - https://www.facebook.com/Hiburan-TV-RTM-416933455091768/

      Delete