Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda sedang mencari peranti mudah alih dengan harga yang berpatutan serta spesifikasi yang menarik? Tahukah anda, TP-Link kembali dengan model terbarunya, Neffos X1 Lite yang telah dirasmikan pada Julai 2017. Momi diberi peluang untuk menggunakan Neffos X1 Lite dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya. Terujanya!

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Dengan harga RM499, peranti ini ditawarkan dalam 2GB RAM + 16GB sahaja disamping ia turut menyokong microSD sehingga 256GB. Ia juga turut menyokong penggunaan dua sim card melalui Nano-Sim dan Nano-Sim/micro SD. Selain itu, ia menggunakan bateri 2550 mAH dan interface NFUI 2.0 yang dibina berasaskan sistem Android 7.0 Nougat. Semasa Momi unboxing, ia hadir bersama sebuah peranti Neffos X1 Lite, pengecas bersama kabel dan screen protector.

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite ini juga hadir bersama pengimbas cap jari dengan tindak balas 0.2 saat. Yang bestnya, pengimbas cap jari tersebut berada dibelakang, rasanya lebih mudah untuk unlock peranti anda. Dari segi saiz pula, ia bersaiz 5 inci pada resolusi 720p serta berat dan ketebalannya sebanyak 138gram & 8.5 mm . Selain itu, anda juga boleh mengubah lokasi button back sama ada kiri atau kanan mengikut keselasaan jari anda.

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Paling menarik, dengan harga RM499, anda berpeluang menikmati keupayaan kameranya sebesar 13 MP/f 2.0 dan kamera hadapan 5MP. Memandangkan Momi ni memang gemar makan dan jalan-jalan, rasanya Neffos X1 Lite membantu Momi untuk menangkap gambar yang cantik-cantik. Bagi mereka yang sukakan selfie, Neffos X1 Lite sememangnya sesuai dengan anda. Mari kita lihat hasil gambar dari kamera hadapannya :

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Cantikkan? Haruslah cantik sebab kamera hadapannya menggunakan lensa wide-angle lense 84 darjah dimana ia boleh memuatkan anda bersama-sama rakan anda wefie dengan cantik. Selain itu, anda boleh tetapkan fungsi 'Beautify Mode' mengikut citarasa anda. Ada yang nak flawless, ada yang nak biasa-biasa je hehe. Ini baru yang depan, jom tengok kamera utamanya : 

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Neffos X1 Lite - Peranti Dengan Harga Yang Mampu Milik

Kamera utamanya boleh dikatakan cantik juga memandangkan ia dikuasakan dengan sensor 13 MP/f 2.0. Kamera utamanya juga turut menyokong rakaman sebesar 1080p, memang sangat okay untuk buat rakaman video. Yang Momi perasan, fungsi 'Beautify Mode' turut ada pada kamera utamanya. Selain tu ada beberapa filter yang menarik yang boleh dicuba. Bagi Momi ia sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan, memang spesifikasi yang menarik dan mampu milik.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Neffos X1 Lite, anda boleh beli di Lazada dan gunakan promo code ILOVENEFFOS untuk menikmati diskaun 10%. Bagi mereka yang berminat pada Neffos X-series yang lain seperti X1 dan X1 Max, anda juga boleh mengunjungi link dengan menggunakan promo code yang sama iaitu ILOVENEFFOS untuk menikmati diskaun yang sama juga iaitu sebanyak 10%. Promo Code sah sehingga 30 November 2017. Kalau anda beli, anda memang awesome! hehe



p/s : Jom sertai Giveaway Neffos X Momi yang sedang berlangsung diblog Momi. Hanya KOMEN, LIKE & SHARE sahaja. Lihat disini. Goodluck :)


إرسال تعليق

28 تعليقات

‏قال yaya_flanella
Cantiknya gambar dari Neffos X1 Lite ni!
‏قال apekinahdotcom
Wah cantiknya gambar dia. Kalau lah dapat satu ni best ni.
‏قال afzalsukasuki
7.0 Nougat kita up to date dah tu. Pada aku untuk harga bawah RM500, Neffos X1 Lite ni dah cukup berbaloi dengan 2GB RAM dan 16GB internal storag. Kalau tak ckup still boleh add on memory hingga 256GB. Perghh
‏قال Maria Firdz
Murah sgt kalau nak kira gn spec macam tu.. Terbaik..
‏قال Shafyqah Azahar
cantiknya gmbar guna kamera phone neffos ni😍
‏قال Yoorin
Harga murah untuk spec handphone 2gb ram .. camera pon cun.. memang wajib miliki
‏قال Cikla Shahril
Wow, harganya menggoda sungguh. Ni kena goda incik suami suruh belikan... Hehe
Rm499 ? Murahnya spec pun 2gb ..kamwra pun ok jugak . Yang bajet2 rm500 boleh la dapatkan telefon ni .
‏قال nurmisnan
amboiii... bestnya phone. spact pun ok. x pwrlu beli mahal2. gambar not bad. harg berbaloi dgn kualiti.. mana tau dapat grab satu.. tq darling
‏قال Azlinda
sana sini orang cerita pasal Neffos ni. Nak juga cuba sebijik ! hehehe
‏قال azlina_ina
rasa macam kna grab je satu nii. emm..,hadiah utk diri sendiri.Ekekekeke...
‏قال Suria Amanda
Harga memang sangat berpatutan..tgok kualiti gambar pun cantik...menarik ni kalau nak belikan Dania sebab handphone dia pun dah kiok...
‏قال Fiza Rahman
Memang menarik sangat lah neffos X1 Lite ni. Dah lah harga pon boleh tahan murah. Gambar pon cantik.
‏قال shamiera osment
Mmg berbaloi jika cari hp dengan budget rm500..main camera tu nampak memuaskan kan? Eh ni 2nd entry utk giveaway ke?
‏قال Bella Jamal
Harga berpatutan. Mana nak cari android harga macam ni kan. Manis je gambar model untuk test camera depan Neffos ni. Hehe.
‏قال Mahamahu
Saya suka phone ini sebab gambar cantik dan reka bentuk juga menarik ringan jer penah guna sekejap hehehehe harap boleh dapat lepas ni ehhh..
‏قال Alia Farhan
Harga mmg murah ..dah la gmbar cun gila...dasyat la neffos
‏قال Lia Hasty
X biasa dengar brand Neffos X1 lite ni. Tapi lepas naca segala fungsi, bestnya handphone ni. Dah setanding handphone jenama lain.
‏قال Hanny Abdullh
Sis dah cuba gunakan phone ni, memang suka sangat terutama bahgian kamera dia. Gambar yg dihasilkan memang cantik sangat. Harga pun berpatutan
‏قال Māmy Syu
Betul ke gambar ni semua dari phone..AS nampak macam pakai digital cam lah. Kalau betul, uihh memang cun lah kualitinya. Boleh bersaing dengan phone ternama dah ni.

Done follow sini juga ^_^
‏قال Bro Framestone
wowww ada diskaun 10%, erm tapi rasa macam nak menang sebiji je.. Boleh x?
‏قال Azirahman
Bestnya macam macam spesis handphone ada sekarang ni. Boleh cuba jugak satu hari nanti.
‏قال Nuha Nawawi
Hmm ini kali kedua membaca berkenaan Neffos, review ini menyebabkan diri ini tertanya-tanya tentang Neffos X1 lite ni.
‏قال Wai Yee aka Rane
haven't try this phone before. it looks good tho
‏قال Betty's Journey
Seem affordable and good phone to invest. Like the phone camera.
‏قال Sunshine Kelly
I got one of Neffos phone also, its working fine after a few years and the batteries lasting too.
‏قال Tengkubutang
Saya nak henfon neffos X1 Lite yang ada sign Rafzan Tomomi .. heee