Geostorm - Movie Review


Geostorm - Movie Review

Geostorm - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini ingin mengulas mengenai filem aksi dan sains fiksyen barat iaitu filem "Geostorm". Filem ini telah mula ditayangkan sejak 12 Oktober 2017 dan telah mendapat komen kurang memuaskan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Geostorm
Filem Geostorm yang berdurasi selama 1 Jam 55 Minit ini mengisahkan tentang Jake Lawson yang telah ke angkasa lepas untuk menghalang satelit yang mengawal iklim daripada menghasilkan ribut taufan yang dahsyat akibat sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau yang merupakan pencipta satelit tersebut menghadapi kesukaran untuk mengawal beberapa satelit akibat dari kerosakan dari satelit. Adakah Jake Lawson berjaya menghalang Geostorm? - sumber : cinema.com.my (Trailer Geostorm 2017)

Filem yang mengutip RM 68.4 juta (setakat 27 Oktober 2017) ini merupakan arahan Dean Delvin. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Gerard Butler, Abbie Cornish, Katheryn Winnick, Alexandra Lara, Amr Waked, Jim Sturgess, Eugenio Derbez, Ed Harris, Andy Garcia dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 3D dan 2D D-BOX.  | Geostorm - Movie Review

Geostorm - Movie Review
photo credit to comingsoon.net

Review Geostorm
Genre sebegini memang kegemaran Momi. Selepas tengok trailer terus rasa teruja sangat sebab berkaitan bumi dan dunia. Love the idea yang mereka cipta satu alat untuk mengawal cuaca diseluruh dunia. Permulaan cerita sedikit lambat tapi lepas tu cerita semakin mendebarkan. Jalan cerita memang menarik, bagaimana mereka mengawal cuaca menggunakan teknologi canggih dari angkasa.

Best part bila bencana yang berlaku dekat China tu, teringat filem "2012" (2009), aksi lari dari gempa bumi. Masih awesome! Oh ya, filem ini tidak terlalu bosan sebenarnya, ada la juga sedikit humor yang diselit-selitkan. CGI yang digunakan juga sangat baik. Walau bagaimana pun dah boleh agak bagaimana bahagian akhir filem ini. Momi rasa ia harus berakhir dengan dramatik mungkin haha.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster Geostorm 2017 Download | Geostorm 2017 Subtitle | Geostorm 2017 Synopsis | Geostorm 2017 Malay Subtitle | Geostorm 2017 Torrent | Review filem Geostorm 2017 | Barisan pelakon Geostorm 2017 |  Review filem Geostorm 2017 Bahasa Melayu | Review Geostorm Malay 

Post a Comment

3 Comments

Shafyqah Azahar said…
macam best je haha tapi bila tengok momi bagi 3 bintang je jap nak fikir balik nak gi tengok ke tak haha
messarah said…
Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/10/review-shopping-di-website-sgshop.html