Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

13:06:00 Rafzan Tomomi 19 Comments

Teater Bangsawan Dewa Kencana

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Bila kali terakhir anda menonton teater? Sejujurnya Momi dah lama tak menonton teater dan baru-baru ini, rasa bersyukur dan seronok sebab masih berpeluang menonton teater. Bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Momi berkesempatan untuk menyaksikan Teater Bangsawan Dewa Kencana yang berlangsung dari 15 hingga 17 September 2017.


Untuk pengetahuan anda, Bangsawan Dewa Kencana ini adalah hasil ilham Pertubuhan Pencinta Teater Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (HIDAYAH) yang arahkan oleh Tuan Haji Kamarul AR. Teater Bangsawan ini diadakan sempena program Semarak Bangsawan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Bangsawan Dewa Kencana ini dibintangi oleh Dayang (sebagai Kencana), Pangiran Syah (Dewa), Dato' Jalaluddin Hassan (Manong Satria), Mubarak Majid (Wangsa Jati), Zack Kool (Kiabang Indera) dan ramai lagi. Momi teruja sebenarnya dengan barisan pelakon yang mengandingkan pelakon baru dan pelakon profesional.

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Jalan cerita yang menarik, dan diselangi dengan selingan persembahan-persembahan yang pasti buat anda rasa seronok semasa menonton. Dari segi set pula Momi rasa berpuas hati sebab cantik dan menarik tau. Keseluruhannya ia mampu menghiburkan anda. Lagi-lagi dapat tengok betul-betul dekat barisan paling hadapan, memang puas hati. | Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan 

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan
 
Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan
Sinopsis Teater Bangsawan Dewa Kencana
Berkisarkan pada hal-hal tentang keringat dan perjuangan para pemimpin terdahulu yang membina tanah air dan negeri berpaksikan kehendak, sumpah dan harapan nenek moyang. Sebilah keris yang dicari "keris pusaka" menjadi satu perlambangan kepada perlembagaan dan kuasa. Kerana tamakkan kuasa unutk memegang tampuk pemerintahan Tanah Selendang Mahkota, Raja Demara Muazar diguling dan dibunuh oleh Raja Kiabang Indera.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raja Demara Muazar sempat meninggalkan amanah kepada Wangsa Jati agar anaknya, Kencana Demara dapat dikembalikan ke tahta Tanah Selendang Mahkota. Apakah yang terjadi Tanah Selendang Mahkota?

Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan

Tunggu apa lagi, jika anda berminat untuk menyaksikan pementasan bangsawan yang dijalankan menerusi Program Semarak Bangsawan 2017 ini, sila layari www.jkkn.gov.my atau www.dbkl.gov.my untuk maklumat lanjut. Serius tak rasa rugi selepas menonton, jika ada peluang masa nilah nak pergi menonton teater. | Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan 

Terima kasih Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atas jemputan!

19 comments:

  1. tak pernah pun tgk teater
    kesian kan hihi

    ReplyDelete
  2. lama betul tak tengok teater, nasib baik jkkn ada buat teater2 cam nikan.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah menonton teater. Pasti best sebab 'live'. Kalau ada tiket lebih, bolehla ajak. Hehe

    ReplyDelete
  4. Last tgk teater masa ayah kerja kat perak dulu..tp sekrg mcm susah nak tgk sbb x byk exposure or advertisement..

    ReplyDelete
  5. Best nya duduk depan.. last ai tengok teater dia semanis honey..

    ReplyDelete
  6. Teater emang seru. jadi inget dulu pernah jadi tukang pemulung. hihi

    ReplyDelete
  7. dulu masa kat UM selalu gak tgk teater dr kawan kawan di Pusat Kebudayaan.

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak tengok theater. I mmg suka tapi nak bawa anak payah sikit.huhu

    ReplyDelete
  9. never been to one of these plays in Malaysia before. I hope to go to one of these in the future :)

    ReplyDelete
  10. Lama giler rak layan teater..baru je sembang dengan kengkawan opis smalam ttg citer² bangsawan yg RTM siarkan dulu²

    ReplyDelete
  11. Ingat awak ada dalam teater tu hehehe baru nak tonton sekali awak pun artis kan....

    ReplyDelete
  12. Best tu tengok teater. Akk last tengok teater masa zaman anak dara. Teater cindai rasanya.

    ReplyDelete
  13. Menonton teater, apatah lagi bangsawan buat kali pertama, boleh menentukan kegemaran seseorang - sama ada dia akan menyintainya atau akan membencinya. Saya gemar menonton teater. Cuma kalau bleh, pakai la boom mic kat pentas - maka takde la pelakon kena pegang mic sambil berlakon berteater

    ReplyDelete
  14. bagusni teater bangsawan.Sedikit sebanyak,dapat tau asal usul sejarah bangsawan

    ReplyDelete
  15. mesti best kan? sa takpernah lg tengok teater.. lagi real ni penghayatan secara live

    ReplyDelete
  16. Lama tol tak tgok teater. Kena betul2 kusyuk tgok teater...tu yg best tu...hehehe

    ReplyDelete
  17. Wooh akak suka saangat tengok teater2 ni, len kali ada tiket xtra ajak akak sekali k

    ReplyDelete
  18. Tak pernah tengok teater, macam best je. nanti nak tengok la. kena tunggu orang ajak. hehe

    ReplyDelete
  19. Lama tak tonton teater.... Hujung bulan depan, nak layan teater bebudak UTP.. Dorang mai KL waktu tue

    ReplyDelete