Untuk pengetahuan anda, restoran ini sudah menapak selama 3 tahun dan dahulunya dikenali dengan nama 'La Famiglia Italian Restaurant'. Nama tersebut kemudian ditukarkan kepada IL Familia Italian Restaurant bagi mengelak kekeliruan kepada pelanggan dengan Food Truck yang menggunakan nama yang sama. Restoran ini dimiliki seorang anak muda dan berbangsa Melayu, pastinya menghidangkan masakan HALAL. Bestnya lagi, restoran ini merupakan antara 15 restoran Pasto terbaik di Kuala Lumpur. Tahniah!
Menariknya IL Familia Italian Restaurant menggunakan pes masakan yang dibuat sendiri oleh Chef. Selain dari menjanjikan rasa yang sedap dan lazat, anda pasti akan puas hati dengan portion yang dihidangkan. Pasti kenyang punya. Ditambah pula dengan harga yang berpatutan jika dibandingkan dengan portion-nya. Jom tengok apa yang Momi makan dari pembuka selera sampai pencuci mulut.
Pembuka Selera (appetizer)
Untuk hidangan pembuka selera anda, IL Familia Italian Restaurant menghidangkan 'Bruschetta A Pomodoro', 'Garlic Bread', 'Mushroom soup' dan 'Soup of the day (Labu)'. Kesemuanya menjadi kegemaran Momi sehingga licin pinggan dikerjakan lagi-lagi 'Bruschetta A Pomodoro' dengan 'Mushroom soup'-nya yang power ! | Mari Cuba Masakan Itali Di IL Familia Italian Restaurant, Kepong
Bruschetta A Pomodoro (RM7.90)
Garlic Bread (RM4.00)
Mushroom soup (RM7.50)
Soup of the day (Labu) (RM5.50)
Hidangan Utama (Main Dishes)
Selepas pembuka selera, kita beralih ke hidangan utama pula. Hidangan utama di IL Familia Italian Restaurant ini memang rambang mata macam nak shopping gitu. Anda pasti tak berkelip mata selepas melihat beberapa hidangan utama disini, antaranya ialah 'Chicken Graticola', 'Salmon Graticola', 'Lamb Rack', 'Lamb Shank' , 'La Familia Spaghetti', 'La Familia Pizza', 'Salmon Linguine' , 'Lasagna Beef', 'Pot Pie Beef' dan 'Lasagna Chicken'. Momi syorkan anda cuba Chicken Graticola, Lasagna dan Pot Pie Beef, sebab tiga-tiga ni habis licin dimakan oleh kami hehe.
Chicken Graticola (RM28.50)
Salmon Graticola (RM34.50)
Lamb Rack (RM39.50)
Lasagna Beef (RM19.90)
Lasagna Chicken (RM18.90)
Salmon Linguine (RM24.50)
La Familia Pizza (RM32.50)
Pot Pie Beef
La Familia Spaghetti (RM42.50)
Lamb Shank (RM32.90)
Pencuci Mulut (Dessert)
Tak lengkaplah kalau makan tanpa pencuci mulut. IL Familia Italian Restaurant turut menyediakan pencuci mulut pastinya buat anda nak lagi iaitu 'Tiramisu' dan 'Kek Coklat'. Dua-dua ini anda wajib cuba tau! hehe.
Tiramisu (RM9.90/ Slice)
Chocolate Cake (RM9.90/ Slice)
Alhamdulillah! Seronok sangat dapat merasai hidangan-hidangan dari Itali di IL Familia Italian Restaurant ini. Memang puas hati dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Nanti cubalah rasa tau! | Mari Cuba Masakan Itali Di IL Familia Italian Restaurant, Kepong
Alamat IL Familia Italian Restaurant
IL Familia Italian Restaurant
C-G-16, Jalan Metro Perdana 3,
Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi IL Familia Italian Restaurant
11.00 Pagi - 3.00 Petang
6.00 Petang - 11.00 Malam
*Tutup Pada Setiap Hari Selasa
Untuk maklumat lanjut mengenai IL Familia Italian Restaurant, sila layari :
Facebook IL Familia Italian Restaurant
Instagram IL Familia Italian Restaurant
IL Familia Italian Restaurant
C-G-16, Jalan Metro Perdana 3,
Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi IL Familia Italian Restaurant
11.00 Pagi - 3.00 Petang
6.00 Petang - 11.00 Malam
*Tutup Pada Setiap Hari Selasa
Untuk maklumat lanjut mengenai IL Familia Italian Restaurant, sila layari :
Facebook IL Familia Italian Restaurant
Instagram IL Familia Italian Restaurant
Terima kasih IL Familia Italian Restaurant !
22 Comments
Alahaii.. nampak sedap semuanya. Tapi tang harga tu yg pengsan!! Anyway, nice review..
ReplyDeletehehehe. rasanya murah lagi berbanding restoran lain hehe. terima kasih :)
DeleteKalau tak masuk sepital hari tu..sure dah makan semua tu gan uolll...argghhhh jelesnyeeee
ReplyDeletetakpe kak Hanny. saya makan untuk akak hehe
Deleteoh my, Nampak gambar aje terus lapar dah haha thanks for the food review!
ReplyDeletehehehe.. saya tengok gambar balik pon lapar hahaa
Deletelahai telan air liur jelah hehe kalau sha dapat pergi tempat ni, sha nak order semua jenis lasagna hahaha
ReplyDeleteada dua jenis lasagna, chicken dan beef. dua dua sedap :)
DeleteAmboi makan sampai Itali u oll tak ajak pun yer bestnya makan pizza ada pasta ada macam-macam lagi lah semua menyelerakan nanti boleh lah datang sini yer...
ReplyDeleteSIapa cakap tak ajak, dia bz dari pagi sampai malam....
DeleteNext time, jom kalau berkelapangan hahaha... Susah nak makan dengan retis sorang nie
hehehee uols kena makan sini. memang best tau @mahamahu
DeleteYa Allah terliur akak telan air liur, lamb rack tu, lamb shank 😋😋😋
ReplyDeletesabar kak sabar hehe
DeletePerghhhh chicken graticola tu...
ReplyDeleteNampak sedap sangat...
Momie..belanja akk plis
hehehehe saya belanja akak bayar ek hahaa
Deletebtw, chicken graticola tu memang sedap :)
Terliurr laaa. Rasa nak order semua pula
ReplyDeletehehee.. sila sila order semua
DeleteFuhhh melimpah2 kuah tu. Menduga betul. Hahaha. Kalau bleh nak order semua. Hahaha
ReplyDeleteye kak. saya tengok telan air liur jugak haha
DeleteI don't really prefer Italian food but hmmm tengok menu Chicken Graticola tu macam nyummy sangat! Tak jauh pun from my place. Kat Kepong je. Nanti boleh la pergi ke IL FAMILIA ITALIAN RESTAURANT ni.
ReplyDeleteseriussss. you kena cuba tu Pojie. sedappp! hehe.
Deletelama x mkn mcm ala2 italiano
ReplyDeletesedapnya semua uiiii