Kaisar Thai Restaurant - Seafood Longgok & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba

03:02:00 Rafzan Tomomi 16 Comments

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Mencari Shellout sekitar Lembah Klang? Momi nak kongsi kepada anda sebuah restoran yang menghidangkan Shellout dan hidangan dari Thailand yang wajib dicuba sekitar Petaling Jaya. Restoran tersebut ialah Kaisar Thai Restaurant, yang berada berdekatan dengan Matahari Mall, Petaling Jaya. Momi rasa jika anda mengidam makan masakan Thai, apa kata anda cuba makan disini.

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba

Sebab apa kena cuba, Kaisar Thai Restaurant PJ menghidangkan Shellout atau disini dipanggil 'Seafood Longgok'. Menariknya, anda hanya boleh dapatkan Seafood Longok ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja pada harga promosi yang sedang berlangsung iaitu RM45. Kalau anda pesan Seafood Longgok, ia khas untuk 2 orang makan, 2 pinggan nasi dan 2 air jus. Anda yang betul betul minat seafood terutamanya ketam dan udang memang berbaloi. Hari tu makan rasa nak repeat lagi hehe.

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Seafood Longgok

Bukan Seafood Longok sahaja yang dihidangkan, malah di Kaisar Thai Restaurant PJ turut menghidangkan masakan ala thai . Antara menu Wajib yang dipesan oleh para pengunjung untuk makan disini ialah 'Sotong Stim Limau', 'Telur Goreng Kaisar', 'Tomyam Seafood', 'Tomyam Poktek', 'Ikan Siakap Dua Muka', 'Brokoli Sos Tiram', 'Daging Bakar Kaisar' dan 'Udang Butter'. (rujuk gambar dibawah) 

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Udang Butter

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Sotong Stim Limau

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Daging Bakar Kaisar

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Brokoli Sos Tiram

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Tom Yam Seafood


Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Ikan Siakap Dua Muka

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Telur Goreng Kaisar

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Tom Yam Pok Tek
Bukan itu sahaja, memandangkan Momi ni seorang peminat pencuci mulut yang tegar, mestilah intai-intai apa pencuci mulut yang menarik untuk dicuba. Jadi Momi dengan gembiranya mencuba 'Pulut Mangga' dan 'Aiskrim Pulut Mangga'. Kalau dah makan mestilah kena minum air kan? Disini memang puas hati pesan air minuman. Antara minuman yang dihidangkan ialah 'Air Durian Belanda', 'Air Buah Naga', 'Air Mangga Special', 'Hot Green Tea', 'Green Tea Iced' dan 'Teh Tarik Panas'. (rujuk gambar dibawah) 

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Pulut Mangga

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Aiskrim Pulut Mangga

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba
Seleksi Minuman Di Kaisar Thai Restaurant

Lebih berbaloi jika anda datang bersama kawan-kawan atau keluarga sebab Kaisar Thai Restaurant PJ juga menyajikan menu hidangan set dalam kuantiti yang ramai. Sememangnya portionnya banyak tau, memang tersandar nanti lepas makan hehe. Momi sangat berpuas hati dengan beberapa hidangan yang dicuba dan sememangnya 'Seafood Longgok', 'Sotong Stim Limau' dan 'Udang Butter' menjadi pilihan hati hehe. 

Waktu Operasi Kaisar Thai Restaurant PJ
Isnin - Jumaat (2.00 Petang - 1.00 Pagi) 
Sabtu & Ahad (12.00 Tengah Hari - 12.00 Tengah Malam)

Alamat Kaisar Thai Restaurant PJ
Lot 22-1 & Lot 23-1
Jalan PJS 2/16A, Taman Maju Jaya
46000 Petaling Jaya, Selangor

Kaisar Thai Restaurant - Shellout & Masakan Dari Thailand Yang Wajib Anda Cuba

Untuk maklumat lanjut mengenai Kaisar Thai Restaurant di Petaling Jaya, sila layari :


Telefon (Untuk tempahan / Pertanyaan)
03-77734216 / 016-2058714 

Email
kaisarfood@gmail.com

Terima kasih Kaisar Thai Restaurant PJ !

16 comments:

  1. wow meriah dan sedap2 je menu2 diorg tu
    lama gilak x mkn tomyam kat luar
    jom momi banjer hakakkkkkkkkk
    kau jgn lari menyorok celah pintu tau haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. memang meriah hehe. must try.
      boleh je, saya belanja akak yang bayarkan
      eh hahahaa

      Delete
  2. Air terliuh dah! Byk inti dlm masakan Thai tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy.. kena cepat-cepat cuba makan ni hehe

      Delete
  3. Nampak sedap2 terutama udang butter tu. Pj dah dekat gan umah..boleh lah terjah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. Udang Butter tu memang faveret saya hihi. :D

      Delete
  4. Ala... sedapnya seafood longgok tu! Dengan pulut mangga. Yum!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye adik. Mmg sedap. Telan air liur tgk balik hahaa

      Delete
  5. Wow.. nampak enak la pulak. Dekat PJ ek?

    ReplyDelete
  6. Hmmm..Sedapnya best juga shellout ni..

    ReplyDelete
  7. One of my fav Thai restaurants!

    ReplyDelete