Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pernah makan di Rasa Utara? Tahukah anda, dekat Rasa Utara turut menghidangkan Burger kepada anda. Momi pon baru tahu ni. Pada 24 Julai yang lalu, Momi singgah makan dekat Rasa Utara Berjaya Time Square, Kuala Lumpur bersama rakan-rakan Blogger, nak cuba hidangan yang menarik disana.
Di Rasa Utara, mereka menawarkan dua jenis pilihan Burger yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Dua (2) pilihan Burger tersebut ialah 'Burger Ayam Rendang' dan 'Burger Ayam Telur Berkeju'. Bila dengar ada Burger, terus Momi order Burger tak pandang yang lain hehe. Lebih menarik ia dihidangkan bersama kerepek ubi bukan 'french fries' .Momi berkesempatan untuk merasa kedua dua jenis Burger.
Burger Ayam Rendang
Burger Ayam Rendang ni Momi boleh katakan wajib cuba sebab anda akan rasa keenakan Rendang Ayam dalam burger tersebut.
 |
Burger Ayam Rendang |
Burger Ayam Telur Berkeju
Yang ni Momi makan sorang-sorang, tak ajak orang lain haha. Sebab ada daging ayam, telur goreng dan keju yang sememangnya kena dengan tekak Momi. Wajib cuba juga tau.
 |
Burger Ayam Telur Berkeju |
Bukan Burger sahaja yang dihidangkan kepada anda, malah ada beberapa hidangan yang best dan memang wajib cuba apabila anda singgah di Rasa Utara. Antara hidangan utama yang sering di order oleh para pelanggan dekat Rasa Utara ialah Nasi Goreng Rasa Utara, Set Nasi Rasa Utara, Set Ayam Cili Lagenda dan Ikan Menari (dihidangkan bersama Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam). Selain itu, turut dihidangkan Mi Soto, Laksa Kedah, Satay Ayam, Ayam Nyonya Pinang dan banyak lagi terdapat di Rasa Utara.
 |
Ikan Menari |
 |
Ayam Nyonya Pinang |
 |
Sate Ayam |
 |
Set Ayam Cili Lagenda |
 |
Set Nasi Rasa Utara |
 |
Nasi Goreng Rasa Utara |
Untuk pencuci mulut pula, Mango Pudding dan Sago Gula Melaka menjadi pilihan mereka yang berkunjung di Rasa Utara. Kalau nak order air pula, Momi syorkan untuk anda cuba Sirap Selasih Laici, Teh Ais Cincai, Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau.
 |
Sago Gula Melaka |
 |
Mango Pudding |
 |
Sirap Selasih Laici |
Untuk merasa kuih pula, anda boleh order Karipap dan Samosa Ayam yang sememangnya sedap dimakan panas-panas.
 |
Samosa Ayam |
 |
Karipap |
Tunggu apa lagi! Jom kita singgah dekat Rasa Utara dan nikmati sendiri hidangan yang terdapat di Rasa Utara. Untuk maklumat lanjut mengenai Rasa Utara, sila layari
Laman Rasmi Rasa Utara,
Facebook Rasa Utara dan
Instagram Rasa Utara.
Terima kasih Rasa Utara !
24 Comments
x puas makan roti berger dia. siap curi org sebelah punya lagi
ReplyDeleteye wakkk sedappp :D
DeleteMouth watering! Lol
ReplyDeleteheyy hahaha. kena pergi makan cepat tu hehe
DeleteTak penah lagi makan burger kat RU. Penah terkena kejadian yang sedikit masam' dulu kat RU, sampai sekarang tak penah singgah. Hehehe. Bukan kualiti makanan, tetapi kualiti servis.
ReplyDeletekualiti makanan okay. untuk bahagian servis, so far okay juga hehe.
DeleteTak pernah cuba nak belanja ker jom boleh jer hehehe saya pernah makan sarapan pagi jer kat sini masa tu ada kat Time Squarenya cawangan..
ReplyDeleteyaa. dekat Time Square ni best. hari tu bekpes roti bakar.
DeleteBurger ayam rendang tu rare! nak cubaaaaa... yang lain pun nampak sedap sangat!!
ReplyDeleteye adik. kena cuba nanti. memang sedap :)
DeleteYa ampun sedapnya semua. Memang tak pernah terpikir yang Rasa Utara jual burger. terliur tengok yang rendang tuh..
ReplyDeletetu laaa first time baru tahu ada jual burger :D
DeleteTerbaik, kalau tengokkan menu dan hidangannya sangat menarik dan boleh cuba nanti dengan wife
ReplyDeletehehe baiklah. nanti cuba dan review ya :)
DeleteSelalu nampak kedai ni tapi tak pernah masuk. Bila tengok post ni, teringin pulak nak masuk and makan set nasi rasa utara. portion besar. hehehe
ReplyDeletehahaha sama. bila ada review ni nak cuba, dah cuba okay plak :D
DeletePergh.. sedapnya burger dia.. dengar nama dan tgk gambar pun dah lapar... Lepas ni kena try
ReplyDeletehehe must try tau :)
DeleteAlaaaa... KEjamnya entry ni Momi. Baru lepas makan dah lapar balik nengok makanan2 ni.
ReplyDeletemaafkan kite sis. hehee
DeleteWow, sedapnya.. gambarnya cantik ^^
ReplyDeletehee sedap sedap. terima kasih ya :)
DeleteBurger ayam telur berkeju.. akak dok mikir.. macam mana cara makan nya tuh. berapa besor mulut nak nganga haha, terliur gitu
ReplyDeleteI tak pernah cuba burger kat sana, biasa i order noodles or rice je. Their burger macam sedap pulak.
ReplyDelete