Pernah Cuba Makan Burger Di Rasa Utara?

15:41:00 Rafzan Tomomi 2 Comments

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pernah makan di Rasa Utara? Tahukah anda, dekat Rasa Utara turut menghidangkan Burger kepada anda. Momi pon baru tahu ni. Pada 24 Julai yang lalu, Momi singgah makan dekat Rasa Utara Berjaya Time Square, Kuala Lumpur bersama rakan-rakan Blogger, nak cuba hidangan yang menarik disana. 

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
I got my Burger & Sirap Selasih Laici

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Seleksi Hidangan Rasa Utara

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Rasa Utara Berjaya Time Square

Di Rasa Utara, mereka menawarkan dua jenis pilihan Burger yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Dua (2) pilihan Burger tersebut ialah 'Burger Ayam Rendang' dan 'Burger Ayam Telur Berkeju'. Bila dengar ada Burger, terus Momi order Burger tak pandang yang lain hehe. Lebih menarik ia dihidangkan bersama kerepek ubi bukan 'french fries' .Momi berkesempatan untuk merasa kedua dua jenis Burger.

Burger Ayam Rendang
Burger Ayam Rendang ni Momi boleh katakan wajib cuba sebab anda akan rasa keenakan Rendang Ayam dalam burger tersebut. 

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Burger Ayam Rendang

Burger Ayam Telur Berkeju
Yang ni Momi makan sorang-sorang, tak ajak orang lain haha. Sebab ada daging ayam, telur goreng dan keju yang sememangnya kena dengan tekak Momi. Wajib cuba juga tau.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Burger Ayam Telur Berkeju

Bukan Burger sahaja yang dihidangkan kepada anda, malah ada beberapa hidangan yang best dan memang wajib cuba apabila anda singgah di Rasa Utara. Antara hidangan utama yang sering di order oleh para pelanggan dekat Rasa Utara ialah Nasi Goreng Rasa Utara, Set Nasi Rasa Utara, Set Ayam Cili Lagenda dan Ikan Menari (dihidangkan bersama Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam). Selain itu, turut dihidangkan Mi Soto, Laksa Kedah, Satay Ayam, Ayam Nyonya Pinang dan banyak lagi terdapat di Rasa Utara.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Ikan Menari

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Ayam Nyonya Pinang

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Sate Ayam

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Set Ayam Cili Lagenda

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Set Nasi Rasa Utara

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Nasi Goreng Rasa Utara

Untuk pencuci mulut pula, Mango Pudding dan Sago Gula Melaka menjadi pilihan mereka yang berkunjung di Rasa Utara. Kalau nak order air pula, Momi syorkan untuk anda cuba Sirap Selasih Laici, Teh Ais Cincai, Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Sago Gula Melaka

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Mango Pudding

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Sirap Selasih Laici

Untuk merasa kuih pula, anda boleh order Karipap dan Samosa Ayam yang sememangnya sedap dimakan panas-panas.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Samosa Ayam

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Karipap

Tunggu apa lagi! Jom kita singgah dekat Rasa Utara dan nikmati sendiri hidangan yang terdapat di Rasa Utara. Untuk maklumat lanjut mengenai Rasa Utara, sila layari Laman Rasmi Rasa Utara, Facebook Rasa Utara dan Instagram Rasa Utara.

Terima kasih Rasa Utara !

2 comments: