Despicable Me 3 - Movie Review

Despicable Me 3 - Movie Review
Despicable Me 3 - Movie Review
credit photo to comingsoon.net
Despicable Me 3 - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang berjudul 'Despicable Me 3'. Filem ini merupakan filem sekuel dari Despicable Me (2010) dan Despicable Me 2 (2013). Filem 'Despicable Me 3' ini telah ditayangkan mulai 15 Jun 2017 dan telah mendapat pandangan yang positif dan negatif (bercampur) di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

SENARAI MOVIE REVIEW

Despicable Me 3 - Movie Review
Despicable Me 3 - Movie Review
credit photo to comingsoon.net

Sinopsis Despicable Me 3
Filem Despicable Me 3 yang berdurasi selama 1 Jam 35 Minit ini mengisahkan tentang Gru bertemu dengan penjahat baru iaitu Balthazar Bratt, yang merupakan bekas bintang kecil pada tahun 80-an dan kini merancang untuk menakluk dunia. Tetapi bukan itu sahaja masalah Gru, kembarnya yang tidak diketahuinya, Dru, yang merupakan seorang yang lebih kacak, gembira dan berjaya, tiba-tiba kembali dalam hidupnya. Dru merancang untuk mengajak Gru menyertai rancangannya untuk mencuri berlian yang dicuri oleh Bratt. (Trailer Despicable Me 3 2017)

Filem yang bergenrekan animasi ini merupakan arahan bersama Pierre Coffin & Kyle Balda dan membariskan pelakon suara yang hebat seperti Steve Carell, Trey Parker, Kristen Wiig, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Russell Brand dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX. Setakat ini (11 Julai 2017), Filem Despicable Me 3 telah mengutip sebanyak $477.2 juta. | Despicable Me 3 - Movie Review

Despicable Me 3 Poster
credit photo to comingsoon.net

Review Despicable Me 3
Despicable Me 3 menyaksikan kehidupan Gru selepas berkahwin. Yang agak tak best, apabila beliau dipecat dari AVL sebab tak dapat tangkap penjahat. Jalan ceritanya boleh dikatakan menarik juga, tambahan filem ini diselitkan dengan humor. Tidak dilupakan, kecomelan Agnes dan Minions yang sentiasa mencuri perhatian penonton.

Despicable Me 3 - Movie Review
Despicable Me 3 - Movie Review
credit photo to comingsoon.net

Penjahat kali ini, Balthazar Bratt mempunyai alat yang hebat menggunakan 'bubble gum' sebagai alatan utama untuk mengalahkan Gru. Lebih menarik lagi apabila Balthazar menghasilkan sebuah robot bersaiz raksasa, yang mampu memusnahkan bumi. It's cool haha. Kisah kembar Gru pula memang dinanti-nantikan sebab bagaimana karakter kembar Gru, adakah sama atau sebaliknya | Despicable Me 3 - Movie Review

Despicable Me 3 - Movie Review
Despicable Me 3 - Movie Review
credit photo to comingsoon.net

Pasal Minions pulak, memandangkan Minions berpaling tadah, sekali sekala diselitkan juga kisah Minions yang meneruskan perjalanan entah kemana. Paling kelakar, Minions muncul dalam ujibakat rancangan "SING" ala-ala "The Voice" gitu.

Keseluruhannya, filem yang menghiburkan dan sesuai untuk ditonton dengan hati yang riang. Sekadar untuk buat anda ketawa dan santai sahaja. Tak stress sangat. Untuk pengetahuan anda, filem 'Minions 2' dijangka akan ditayangkan pada Julai 2020. Stay tuned ya !

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG
Poster Despicable Me 3 2017 Download | Despicable Me 3 2017 Subtitle | Sinopsis Despicable Me 3 2017 Synopsis | Poster Despicable Me 3 2017 Review | Despicable Me 3 2017 Malay Subtitle | Despicable Me 3 2017 Torrent | Review filem Despicable Me 3 2017 | Barisan pelakon Despicable Me 3 2017 |  Review filem Despicable Me 3 2017 Bahasa Melayu | Review Despicable Me 3 2017 Malay |

Post a Comment

4 Comments

comel citer ni tapi xdan tengok lagi..
Rafzan Tomomi said…
heheh tengok online nanti :)
Cik Ash said…
Belum tengok lagi tunggu jadi HD baru nak layan kat KODI hihihihi
Rafzan Tomomi said…
oooo hehehe okay okay :D
selamat menonton