The Mummy - Movie Review

by - 6/23/2017 03:27:00 pm


The Mummy 2017 - Movie Review

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem Aksi, Pengembaraan dan Fantasi iaitu filem 'The Mummy'. Filem ini merupakan filem 'reboot' dari franchise filem The Mummy dan merupakan siri filem pertama dalam 'Dark Universe'. Filem ''The Mummy' ini telah ditayangkan mulai 8 Jun 2017 dan telah mendapat pandangan yang negatif (bercampur) di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

The Mummy 2017 - Movie Review
Tom Cruise sebagai peneraju utama - The Mummy 2017
sumber : comingsoon,net

Sinopsis The Mummy
Filem The Mummy yang berdurasi selama 1 Jam 50 Minit ini mengisahkan tentang pada 2,000 tahun lalu di Mesir, Puteri Ahmanet telah ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir sebagai hukuman kerana membunuh bapanya. Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia. (Trailer The Mummy 2017)

The Mummy 2017 - Movie Review
Puteri Ahmanet - The Mummy 2017
sumber : comingsoon,net

Filem yang bergenrekan aksi, pengembaraan dan jenayah ini merupakan arahan Alex Kurtzman dan membariskan pelakon yang hebat seperti Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance, Russell Crowe dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX. Setakat ini (23 Jun 2017), Filem The Mummy telah mengutip sebanyak $298.4 juta.

The Mummy 2017 - Movie Review
Poster - The Mummy 2017
sumber : comingsoon,net

Review The Mummy
Sebelum pergi menonton, ramai yang kata 'tak best' dan 'bosan', tapi seorang Momi mesti nak pergi tengok juga hehe. Permulaan cerita yang baik, memang terus direct apa yang nak diceritakan mengenai Puteri Ahmanet dan kenapa beliau ditanam hidup-hidup. Takdelah tertanya tanya sangat semasa perjalanan cerita. Filem ini takdelah bosan sangat sebab ada juga sedikit unsur-unsur humor supaya anda tidak tertidur dalam wayang hehe.

The Mummy 2017 - Movie Review
3 watak utama - The Mummy 2017
sumber : comingsoon,net

The Mummy turut membariskan pelakon yang best-best jugak seperti Tom Cruise dan Sofea Boutella. Agak mendebarkan jugak lah semasa menonton, lagi-lagi part kebangkitan Mumia tu selepas kapal terbang terhempas. Filem ini suprise Momi dengan kemunculan watak Dr. Henry Jekyll, yang merupakan karakter dalam buku 'literature' sekolah Tingkatan 3, Dr. Jekyll & Mr. Hyde haha.

Keseluruhannya, 'The Mummy' sebuah filem yang okay untuk ditonton, tidak terlalu bosan dan tidak terlalu mengujakan. Mungkin ini filem pertama dalam 'Dark Universe', mungkin after this lebih best hehe. Malas nak cerita banyak, anda kena tengok sendiri di panggung wayang berhampiran. Muah ciked!

p/s : Filem seterusnya dalam 'Dark Universe' ialah filem Bride of Frankenstein yang bakal ditayangkan pada Februari 2019 , arahan Bill Condon . Sama-sama kita nantikan :)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG

Poster The Mummy 2017 Download |The Mummy 2017 Subtitle | Sinopsis The Mummy 2017 Synopsis | Poster The Mummy 2017 Review | The Mummy 2017 Malay Subtitle |The Mummy 2017 Torrent | Review filemThe Mummy 2017 | Barisan pelakon The Mummy 2017 |  Review filem The Mummy 2017 Bahasa Melayu | Review The Mummy 2017 Malay |

You May Also Like

1 comments

  1. thanks untuk review ni.. boleh la try tengok :D

    ReplyDelete