Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land

Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Raya hampir tiba ni, apa kata anda luangkan sedikit masa pada 15 Julai 2017 (Sabtu) sempena Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land di IJM Land, Seremban 2. Pengumuman untuk Riuh Raya 2017 ini telah diadakan pada 13 Jun 2017 bertempat di ICE Gallery, IJM Land Pantai Sentral Park bersama selebriti selepas berbuka puasa disana. 

Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land

Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land ini adakan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Bukan itu sahaja, jika anda bertuah, anda akan dapat pelbagai jenis hadiah pada hari tersebut termasuklah menikmati buffet makanan yang disediakan oleh IJM Land. 

Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land

Anda juga boleh mengabadikan kenangan dalam gambar di photo booth Riuh Raya 2017. Jika anda lebih lebih lebih bertuah, boleh sertai permainan 'Spin The Wheel' dan boleh menang pelabgai hadiah yang menarik. Buat adik-adik yang hadir ke Riuh Raya 2017 ini, memang seronok sebab IJM Land nak bagi duit raya. Seronoknya!

Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land

Riuh Raya 2017 dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Malaysia seperti Akim & The Majistret, Stacy yang akan membuat persembahan dan diacarakan oleh Adam AO dan Zulin Aziz yang pasti havoc! Orang Seremban dan area berdekatan jangan lepaskan peluang ya.

Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land

Paling menarik, IJM Land turut menawarkan rebat istimewa sehingga RM10,000 untuk pembelian beberapa hartanah yang terpilih. Kepada mereka yang berminat, inilah masanya untuk anda merebut peluang ini. Menarik kan? 

Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land

Jangan lupa save the date untuk Riuh Raya 2017 Bersama IJM Land di IJM Land, Seremban 2 pada 15 Julai 2017 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.

Post a Comment

0 Comments