Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

15:59:00 Rafzan Tomomi 4 Comments

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Baju raya dah cari ke tu? Haaa.. kalau belum 'shopping' raya, jom singgah dekat cawangan Jakel yang berdekatan anda. Dengarnya ada banyak baju raya cantik-cantik sudah mula dijual dekat Jakel. Baru-baru ini Momi ke Jakel untuk temui Duta-Duta Jakel dan baju raya mereka. 

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Duta Raya Jakel
Dengan slogan “Ingat Kain, Ingat Jakel”, Jakel menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara), Ayda Jebat dan Upin Ipin. Jakel juga memperkenalkan wajah baru yang melengkapkan koleksi raya kali ini iaitu Hanis Zalikha , Hairul Azreen & Yusuf Iskandar . 

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed Jakel (Pengarah Urusan Jakel Shah Alam), Kempen Jakel Barulah Raya kali ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Duta Jakel juga berkesempatan untuk membuat sesi lelongan jualan koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!


Jakel Shah Alam turut memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 1,000 pelanggan yang terawal pada 4 Jun yang lalu. Pelanggan boleh menggunakan baucar tersebut untuk mendapatkan Baju Melayu & Jubah Aaron Aziz secara PERCUMA . Bestnyaa! Untuk pengetahuan anda, koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Dengan ini, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh designer in-house Jakel sendiri. 

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Jualan Murah Sempena Hari Raya
Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel menawarkan Harga Runtuh kepada para pelanggan. dengan dengan memberikan potongan harga sehingga 85% untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Jualan hebat sempena Hari Raya yang berlangsung sehingga malam raya memberikan promosi harga yang cukup hebat dan jimat sekaligus membantu pelanggan mendapatkan koleksi pakaian raya yang terbaik. Jualan hebat juga dianjurkan adalah bermatlamat untuk menarik minat lebih ramai pengemar fesyen terutama golongan wanita dan remaja untuk melihat dengan lebih dekat keluaran koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh Jakel.

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Koleksi Baju Melayu
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak.  Rekaan terbaru khas 2017 adalah dari pelbagai jenis fabrik. Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung pada rekaan dan kualiti. Ini kerana, Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi mampu milik. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen .

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan
produk baju melayu “plus size” dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan
produk tersebut untuk mereka bersaiz besar. Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama selebriti yang telah mendapat pengiktirafan sebagai “Funniest Person in the World” iaitu Harith Iskander.

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Koleksi Kurta
Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.

Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Koleksi Baju Kurung
Kalau baju kurung, confirmlah dutanya Ayda Jebat . Baju Kurung dibawah label Ayda Jebat berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini para wanita terutamanya para gadis yang inginkan penampilan tampak ceria dan segar. Koleksi kali ini, Jakel masih mengekalkan ciri-ciri eksklusif pada setiap rekaan dimana, permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada design dan detailing.

Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada eringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini ianya lebih bersifat “simpel but nice” dimana koleksi rekaan memfokuskan kesederhanaan dalam pengayaan tetapi masih disuntik dengan elemen glamorous dan bersesuaian trend masa kini agar si pemakai tampak lebih trendy ketika berhari raya.


Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Koleksi Kanak-Kanak
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin, walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu bercorak. Bagi pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaa pada setiap kempen yang dijalankan, bagi lebaran tahun ini Jakel menapilkan koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Yusof Iskandar selain daripada Lara Alana.

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Koleksi Schawalara
Untuk koleksi Schawalara ni, ada koleksi Baju Melayu Awal Ashaari dan koleksi Kurta Awal Ashaari untuk lelaki. Untuk wanita pula,, koleksi Baju Kurung Moden Scha Al Yahya yang diperkemaskan dengan detailing seperti jahitan manik, perincian lace dan permainan dari segi cutting yang nampak menarik tapi tak terlalu sarat. Tidak dilupakan,  koleksi Baju Kurung Lara Alana yang dihiasai dengan butiran beads dan lace. Sememangnya cantik dan sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Koleksi Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf
Untuk koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf pula ada koleksi Kurta & Baju Melayu Hairul Azreen yang diperbuat daripada fabrik cotton yang sesuai dengan cuaca panas. Untuk wanita pula, koleksi Baju Kurung Hanis Zalikha yang lebih elegen, versatile dan classy tapi tetap nampak tradisional. Dan yang paling menarik, koleksi Baju Melayu Yusuf Iskandar yang lebih kasual dengan potongan lebih round neck untuk lebih selesa. Baju Yusof sangat comel tau.

Jakel Barulah Raya - Promosi Baju Raya Sehingga 85% Diskaun!

Tunggu apa lagi? Jom kita membeli belah di Jakel Shah Alam sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel.my.


4 comments:

  1. Cantik-cantik semuanya... lagi best bila baju yang kita suka ada saiznya. So semua orang boleh memakainya, kan.

    ReplyDelete
  2. Rugi tak cakna. Kalau tahu ni, konfem dapat FREE baju melayu jakel 1 lagi berbayor. Okaylah kan .. hihi ..

    ReplyDelete