EXA SetiaWalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia!


EXA SetiaWalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia!

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Anda peminat game VR (Virtual Reality) ? Pastinya anda akan teruja dengan apa yang Momi nak beritahu ni. EXA, sebuah permainan berteraskan hyper-reality yang pertama di Asia. Kini, EXA sudah berada di Malaysia tau iaitu dekat SetiaWalk, Puchong

EXA SetiaWalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia!

Untuk pengetahuan anda, EXA Global – syarikat hiburan teknologi digital dibawah payung Kumpulan Havson telah melancarkan pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini. EXA membolehkan pemain merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam dimensi yang lain, dimana ia memerlukan permain bergerak (aktiviti fizikal) untuk memastikan perjalanan permainan lebih mengujakan.

EXA SetiaWalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia!

Menariknya dalam game ini, anda sendiri boleh berkomunikasi dengan rakan sekumpulan dan merasai sendiri pengalaman diserang dan menembak seperti anda betul-betul berada dalam dunia sebenar. Seronok kan? Permainan ini memerlukan 4 orang di  dalam satu bilik yang tertutup. Sebelum memulakan permainan, pemain yang digelar sebagai troopers akan diberi taklimat mengenai cara bermain dan menggunakan VR. 

EXA SetiaWalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia!

Asas bagi setiap projek yang dibangunkan dalam permainan ini bertujuan pemain merasai teknologi terkini, terlibat sama dalam jalan cerita dan bermain permainan ini dalam bentuk satu kumpulan. Sememangnya sesuai dengan aktiviti berkumpulan tau. EXA Setiawalk Outpost mula beroperasi secara rasmi pada 3 Jun 2017 (Ahad). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai permainan terbaru ini pada harga PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 !

EXA SetiaWalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia!

Harga Game EXA Setiawalk Outpost, Puchong
Harga Promosi - RM65
Harga asal - RM81
Alamat EXA SetiaWalk Outpost
B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.

No. Telefon 
03 8051 6333

EXA SetiaWalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia!

Untuk maklumat lanjut, sila layari : 

Facebook Rasmi EXA Global

Instagram Rasmi EXA Global

Laman Web Rasmi EXA Global

**semua gambar diatas credit : www.facebook.com/EXAGlobal

Post a Comment

5 Comments

sayaidaydotcom said…
Wahhh macam best. Dah dekat sangat dengan rumah iday. Hehe
Bro Framestone said…
Jom ada masa nanti kita main ;)
Rafzan Tomomi said…
tu laa nampak best kan hehe
Anonymous said…
RM 65 berapa minit? jangan macam kat U.S. RM=7 minit, memang tak puas!