9 Aktiviti Hari Raya Pertama

07:06:00 Rafzan Tomomi 0 Comments

9 Aktiviti Hari Raya Pertama

9 Aktiviti Hari Raya Pertama | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Pastinya anda diantara kita yang beraya di kampung, ataupun beraya dikota. Tetiba dapat ilham nak update entri tentang Aktiviti di Hari Raya Pertama. Berikut adalah 9 Aktiviti Hari Raya Pertama yang sempat Momi fikirkan : 

01 Sembahyang Raya
Hari Raya Pertama pasti yang lelaki dikejut untuk pergi Solat Sunat Aidilfitri. Masa ini anda akan lihat betapa kacaknya Ayah, Abang, Adik, Pak Cik dan para suami lebih kacak dari biasa sebab pakai baju melayu, lagi-lagi yang baru beli tu hehe.

02 Bersalaman Bersama Keluarga
Selepas Solat Sunat Aidilfitri, antara perkara WAJIB dipagi Aidilfitri ialah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan bersama seisi keluarga. Boleh juga bermaafan bersama saudara mara, jiran kampung sebelah dan sebagainya.

03 Boleh Makan
Yes! Semestinya anda sudah boleh makan di pagi Aidilfitri. Makan apa sahaja yang terhidang diatas meja, jangan pula minta Kepsi atau Mekdi dipagi mulia ini sebab selalunya dah terhidang Ketupat, Lemang, Kuah Kacang dan sebagainya.

04 Memasing Tuntut Duit Raya (Bagi Yang Bekerja)
Yang dah berkerja tu, tak reti-reti agaknya nak hulur duit raya. Memasing dah beratur tu, tunggu giliran nak dapat duit raya. Bagi ikut kemampuan ya. Mak Ayah tu jangan lah lupa nak bagi duit raya sama hehe. Aktiviti ini selalunya berlaku selepas bersalaman dan bermaafan bersama keluarga.

05 Wefie Bersama Keluarga
Zaman sekarang ni, benda ni la paling WAJIB (kalau dulu tak wajib) sebab memasing nak lah post dekat Facebook, Instagram dan Twitter sebab masa ni ramai orang like gambar raya. Tidak kurangnya, yang nak bagitahu satu dunia baju apa dia nak pakai Hari Raya Pertama tu hehe. 

06 Menziarahi Kubur
Pastinya ada sesetengah keluarga menziarahi kubur di pagi Raya. 

07 Tengok Rancangan Raya Dekat TV
Bila Raya ni, TV banyak siar rancangan-rancangan best untuk ditonton, dari rancangan hiburan sampai ke filem. Dah tu tayang pulak filem baru, confirm lah nak tengok walaupun dah tengok yang download punya. eh haha.

08 Pergi Beraya Rumah Saudara Mara
Antara perkara wajib di Hari Raya Pertama juga ni. Ada keluarga pergi beraya sampai 9-10 buah rumah, apa ada hal. Yang Mak Ayah nak jumpa saudara yang dah lama tak jumpa, yang anak-anak pulak tunggu duit raya. Eh sesetengah je, tak cakap semua haha.

09 Tidur
Aktiviti masakini yang orang kata paling popular selepas 1 dan 2 mungkin 3, adalah Tidur. Apa bila dah rasa takde aktiviti, semestinya ramai memilih untuk sambung tidur sampai ke petang hehe. Ini juga boleh dipraktikkan oleh mereka yang nak menunggu seisi keluarga bersiap nak pergi beraya, eloklah tidur dulu sebab bila mereka bersiap mahu ambik 3-4 jam, tu baru make-up tau belum iron baju dan sebagainya haha. | 9 Aktiviti Hari Raya Pertama

Haaa begitulah beberapa aktiviti yang sering berlaku semasa Hari Raya Pertama. Bagaimana pula kisah Hari Raya Pertama anda? Kongsikan lah dekat ruangan komen ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. :)

0 comments: