Sunway Lagoon Aqua Run 2017

by - 5/10/2017 02:38:00 am


Sunway Lagoon Aqua Run 2017

Sunway Lagoon Aqua Run 2017 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Sunway Lagoon telah mengadakan majlis pembukaan sempena 'Aqua Run' pada 25 April yang lalu. Lebih dari 1,000 orang mengambil bahagian dalam Aqua Run yang mempunyai enam halangan yang menyeronokkan, yang terdiri dari semua lapisan umur. 

Sunway Lagoon Aqua Run 2017

Sunway Lagoon Aqua Run bertujuan untuk menarik minat para pengunjung untuk mengalami keseronokan aktiviti air bersama rakan-rakan serta keluarga. 

Sunway Lagoon Aqua Run 2017

Pembukaan Sunway Lagoon Aqua Run 2017 dimulakan dengan panaskan badan selama 5 minit sambil menari, serius memang seronok sebab menari ala-ala hindustan dulu. Kemudian kesemua peserta akan disimbah air sebelum bermula. 

Memang seronok sangat sebab mula-mula dah kena simbah air. Selepas countdown semua peserta berlari dengan gembiranya. Terdapat enam halangan yang peserta bakal lalui, iaitu : 

- Puddle Mattress
- Climb & Slide
- Splash Attack
- Wall Diving
- Water Disco Hunt

Sunway Lagoon Aqua Run 2017

Pada penghujung larian, semua peserta bakal dapat satu medal kerana telah berjaya menghabiskan Aqua Run. Keseluruhan memang H2OWESOME , dan buat anda mudah terhibur dengan halangan-halangan yang menarik sepanjang Sunway Lagoon Aqua Run.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aqua Run Sunway Lagoon, sila layari : 

Laman Rasmi Sunway Lagoon

Instagram Rasmi Sunway Lagoon

Facebook Rasmi Sunway Lagoon

Thanks Sunway Lagoon!

You May Also Like

2 comments