Rohbot - Kebangkitan Kuasa Hantu - Nomik Gandingan Aman Wan & Danial Haikal !

Rohbot :- Kebangkitan Kuasa Hantu - Nomik Gandingan Aman Wan & Danial Haikal !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kebiasaanya kita dengar pasal novel dan komik adalah benda yang berbeza. Kali ini berbeza sikit, mungkin Momi pertama kali dengar tentang 'Nomik'. Haa... Baru-baru ini Momi singgah ke Booth 'Blink Book' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung dari 29 April 2017 hingga 7 Mei 2017 dan jumpa sebuah Nomik karya Aman Wan dan Danial Haikal iaitu 'Rohbot - Kebangkitan Kuasa Hantu'

Rohbot :- Kebangkitan Kuasa Hantu - Nomik Gandingan Aman Wan & Danial Haikal !

Booth 'Blink' sememangnya meriah dengan kehadiran para pengunjung, terutamanya kanak-kanak dan remaja yang memang minat buku-buku keluaran Blink. Menariknya jika anda beli sebuah Nomik 'Rohbot - Kebangkitan Kuasa Hantu', anda akan dapat 2 nomik origami hasil dari Aman Wan (Dia Bukan Cikgu) dan Danial Haikal (Apabila Malam) sendiri (sementara stok masih ada) dengan harga RM10 sahaja. Momi sempat baca dan ceritanya memang menarik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh beramah mesra dan bergambar bersama penulis dan pelukis nomik tersebut.

Rohbot :- Kebangkitan Kuasa Hantu - Nomik Gandingan Aman Wan & Danial Haikal !
Dua Nomik Origami

Jangan lupa singgah ke Booth 'Blink Book' (L054 - L057) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung dari 29 April 2017 hingga 7 Mei 2017. Selain dari 'Rohbot - Kebangkitan Kuasa Hantu' , ada banyak lagi nomik, novel remaja dan kanak-kanak menanti anda disana. Siap ada pakej lagi tau! hehe. 

Rohbot :- Kebangkitan Kuasa Hantu - Nomik Gandingan Aman Wan & Danial Haikal !

Sinopsis Nomik Rohbot - Kebangkitan Kuasa Hantu
Semua warga Sekolah Putra Heights pastinya mengenali Izzi, seorang pelajar tingkatan dua yang penakut hantu. Tempat gelap, kawasan kubur, waktu malam. Oh, itu semua mesti dijauhi! Oleh sebab itu, dirinya sering digelak ketawa dan menjadi mangsa buli oleh senior sekejam iblis! Namun, pertemuan Izzi dengan sebuah entiti pelik bernama Lote telah mengubah hidupnya 360 darjah!

Pontianak… Toyol… Pocong. Ah, rupa-rupanya hantu yang ditakuti selama ini sebenarnya adalah ROBOT! Maka dengan itu bermulalah pengembaraan Izzi dan Lote untuk menangkap kemunculan hantu-hantu robot liar yang dikenali sebagai ROHBOT!

Rohbot :- Kebangkitan Kuasa Hantu - Nomik Gandingan Aman Wan & Danial Haikal !

Nomik 'Rohbot - Kebangkitan Kuasa Hantu' boleh juga didapati di Kedai Blink Online : https://www.kedaiblink.com/kedai/ain-maisarah/rohbot-kebangkitan-kuasa-hantu/ !
Maklumat lanjut mengenai Aman Wan :
Facebook Page - https://www.facebook.com/amanwan.official/
Instagram - https://www.instagram.com/7aman7/

Maklumat lanjut mengenai Danial Haikal : 


Post a Comment

0 Comments