• Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule 

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Jika anda ingin kelainan untuk menginap di hotel beberapa hari di sekitar Kuala Lumpur, apa kata Momi syorkan untuk menginap dekat Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang Titiwangsa, Kuala Lumpur. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger berkesempatan menginap selama dua hari satu malam disini, apa yang anda bakal saksikan nanti mesti rasa nak menginap disini at least sekali hehe. 

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Ruang Legar Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    First impression
    setibanya dekat pintu masuk ruang legar Riccarton Capsule memang dah rasa tak sabar dan teruja. Uniknya Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur ini bercirikan jepun atau “Japanese Style” tau. Mungkin ini pengalaman pertama Momi menginap dekat capsule hotel, itu yang teruja lebih tu hehe. Waktu Check-in bermula 3.00 petang dan Check-out 12.00 Tengah Hari.

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Capsule di Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur
    Lokasi Berhampiran Riccarton Capsule Hotel
    Untuk anda yang bercuti di Kuala Lumpur, Riccarton Capsule Hotel terletak di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan Tasik Titiwangsa. Selain itu, ia juga berdekatan dengan McDonalds Titiwangsa, Petron dan Shell (jika anda cari barang untuk makan). Antara tempat yang berdekatan di Riccarton Capsule Hotel ialah 1.5 KM ke PWTC dan Sunway Putra Mall dan 2.5 KM ke KLCC. 

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Double Capsule Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Mula-mula kena check-in dulu ya. Momi diberikan satu kad dan sebuah beg yang berisi selipar putih, alat kawalan jauh (remote control) dan tuala sebelum masuk ke capsule. Menariknya, anda akan diberikan keratan kertas yang ada password Wi-fi dan langkah-langkah semasa anda berada di Riccarton Capsule. Wi-fi dekat Riccarton Capsule ni memang laju tau, seronok buka Facebook, Instagram dan Twitter.

    Selesai check-in, anda WAJIB untuk meletakkan selipar atau kasut ke dalam locker kasut yang disediakan mengikut nombor capsule anda. Selepas selesai, Momi terus naik lif ke Tingkat 1 untuk tengok capsule yang Momi bakal menginap semalam. 

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Rules semasa di Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Kad hotel - Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    3 barang wajib dalam beg - Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Locker Selipar/Kasut Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Haa, sebelum masuk, anda boleh tinggalkan barang di locker barang yang disediakan mengikut nombor capsule anda. Kemudahan lain dekat ruang depan selain locker barang, Riccarton Capsule Hotel turut menyediakan ruang kerja dan rehat yang santai. Memang nampak sangat bersih tau, nak buat kerja pon tenang je. Kalau nak iron baju pon boleh dekat sini. 

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Ruang Kerja di Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Mesin Air Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Capsule Ala 'UFO'
    Let's talk about Capsule. Memandangkan size Momi terlalu 'comel', Momi ambil double capsule, dikhuatiri single capsule tak berapa sesuai untuk Momi hehe. Tengok je capsul dah teruja sangat, lampu pula bercahaya warna biru, dah rasa macam dekat kapal UFO gitu. Dekat ruangan capsule ini, ada beberapa peraturan yang anda kena ikut, seperti : 
    - 'Keep Silence' (Senyap) -termasuk silent phone 
    - Mandi sebelum masuk capsule
    - Dilarang Makan dan Minum 
    - Dilarang buang sampah merata
    - Dilarang berbogel!

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Capsule di Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Double Room Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Double Room Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Tilam dalam capsul ini memang empuk sangat, termasuk bantal dan comforter (sebab Momi double capsule, ada dua bantal! hehe). Selain itu, setiap capsule ada TV tau dan ia disambungkan dengan internet juga. Boleh la kalau nak tengok movie ke, video dekat YouTube atau layari internet. Memandangkan semuanya kena 'silent' , sebaiknya anda bawa sendiri earphone atau headphone ya! | Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule 

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    TV dalam Double Room Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Double Room Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Menariknya dalam capsule ini, turut disediakan button lampu, TV, 'lock' pintu, kawal air-cond dan plug untuk 'charge' termasuk USB. Anda juga boleh ubah keterangan lampu biru dan putih mengikut keselesaan mata anda. Kalau nak tidur, hanya tekan button 'Sleep Mode', maka semua lampu akan terpadam. 

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Double Room Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Double Capsule Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Double Capsule Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Mesti anda terfikir, macam mana nak mandi? Haaa.. Bilik mandi dan Tandas juga disediakan ya. Konsep bilik mandi dan tandas ni ala-ala asrama tau, kalau nak mandi tutup tirai je hehe. Antara kemudahan lain dalam tandas seperti syampu dan pengering rambut. Tandas lelaki dan wanita diasingkan, jangan risau ya!

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Tandas & Bilik Mandi Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Tandas & Bilik Mandi Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Harga Capsule Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur


    Capsule Single Room – RM75.00 
    Capsule Double Room – RM140.00

    Promosi
    Nikmati Menginap di Capsule Hotel Per Night Serendah RM37.50*
    * Promosi sah sehingga 25 Mei 2017 sahaja.
    * Promosi hanya valid pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

    Harga Bilik Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

    Deluxe Family Room  – RM335.00 
    Deluxe Suite Room – RM250.00 
    Deluxe Double Room – RM200.00 
    Standard Room – RM170.00

    Alamat Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur
    Wisma Q Titiwangsa,
    Persiaran Titiwangsa 1,
    Jalan Pahang,
    53000 Kuala Lumpur.

    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule
    Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur - Pengalaman Tidur Dalam Capsule 

    Untuk maklumat lanjut mengenai Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur sila layari :

    Laman Rasmi Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur
    http://www.riccarton.com.my/

    Facebook Rasmi Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur
    https://www.facebook.com/riccartoncapsulehotel/

    Untuk tempahan Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur, sila hubungi :
    No. Telefon - +603-4031 5000
    Email -  reservation@riccarton.com.my

    Berapa Bintang untuk Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur ?
    Dengan ini, Momi nak bagi
    4.5 / 5 
    BINTANG

    Terima kasih Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur !
  • You might also like

    1 comment: