Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !

by - 5/19/2017 08:12:00 am

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !

Assalamualaikum dan salam sejahtera gais ! Musim cuti sekolah yang bakal tiba, apa kata Momi syorkan anda sekeluarga pergi jalan-jalan atau bercuti ke. Sekali sekala lari daripada kesibukan kerja dan spend valuable time with beloved family apa salahnya kan. Sambil bercuti ni, hilang sikit stress, lagi-lagi yang ada anak tu, kesian dekat anak-anak.  Tak tahu nak pergi mana? Sebenarnya kan ada banyak tempat menarik dekat Malaysia ni yang belum kita terokai ataupun tak sempat kita nak menghayati keindahannya. Jika anda nak hilangkan stress, apa kata anada cari tempat yang dapat memberi kedamaian dalam jiwa seperti percutian di tepi pantai. Wah, seronoknya!

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !

Kalau ada yang plan nak pergi bercuti, apa kata pergi bawa satu keluarga pergi bercuti ke Langkawi, Kedah. Sebenarnya ada beberapa hotel yang anda boleh menginap, seperti Langkawi Lagoon Resort! Resort ni terletak 3KM daripada Langkawi International Airport (LGK), jadi agak terpencil sikit dari Pekan Kuah, tapi tak mengapa bagi mereka yang inginkan 'privacy' dan percutian yang menenangkan tanpa ada sebarang gangguan. 

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !

Apa yang menarik dan istimewanya Langkawi Lagoon Resort ni? Ada dua piluhan utnuk anda pilih penginapan dekat Langkawi Lagoon Resort iaitu Deluxe Double Rooms ataupun Sea Village. Bagi anda yang inginkan penginapan romantik diatas laut, Momi syorkan anda untuk piih Sea Village, sama ada Executive Suites ataupun Deluxe Studio Suites. Bezanya jika anda betul-betul inginkan private balcony dan private bathroom lebih baik anda memilih menginap di Executive Suites. Jika anda memilih Deluxe Double Room, bilik tersebut dalam satu bangunan hotel yang terletak satu bangunan dengan lobby resort ni. 

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !

Ada dua pilihan untuk bilik anda sama ada anda ingin sea view iaitu menghadap laut, ataupun view yang biasa (tidak menghadap laut). Fasilities yang di offer dekat Langkawi Lagoon Resort termasuk infinity swimming pool, games room, sauna, steam room dan macam-macam lagi. Bukan itu sahaja, Jika anda bosan duduk dekat dalam bilik tu tak tau nak buat apa, Langkawi Lagoon Resort ada sediakan kemudahan untuk menyewa basikal, jadi boleh la round-round satu lagoon ini naik basikal. Selain itu, kat sini ada jugak pakej untuk Island tour, Island Hopping, Mangrove tour, dan Sunset Dinner Cruise. Menarik bukan?

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !

Tempat Menarik Berhampiran dengan Langkawi Lagoon Resort

Beras Terbakar
Beras terbakar ialah salah satu tempat bersejarah yang harus dikunjungi oleh setiap pelancong yang berkunjung ke Langkawi. Sejarah yang berkait rapat dengan sumpahan Mahsuri ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Ianya terletak 1.40 km daripada Langkawi Lagoon Resort.

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !
photo credit to www.langkawi-info.com

Langkawi Night Market
Menariknya Langkawi Night Market ni diadakan setiap hari pada setiap minggu. Di sini memang heaven dengan makanan, jadi jika anda tiada apa-apa aktiviti malam-malam, anda boleh berkunjung ke night market ni, terletak hanya 1.64KM sahaja daripada Langkawi Lagoon Resort.

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !

Bestnya Bercuti Langkawi Lagoon Resort !
photo credit to mylangkawideals.com

Langkawi Cable Car
Langkawi Cable Car ini terletak 5.60KM daripada Langkawi Lagoon Resort. Agak jauh sedikit tetapi sangat berbaloi jika anda sampai disana. Bukan sekadar cable car sahaja, terdapat pelbagai tarikan disitu seperti 3D Art Langkawi, Sky Rex, 6D Cinemotion, dan banyak lagi. Confirm anda dan keluarakan terhibur dengan pelbagai aktiviti yang disediakan bagi pengunjung disitu.

Haaaa macam mana? Dah tak sabarlah tu nak pergi bercuti di Langkawi Lagoon Resort. Bagi memudahkan kerja anda menempah resort ini, anda boleh book Langkawi Lagoon Resort secara online on Traveloka. Memang mudah, anda perlu ke website rasmi traveloka.com dan search nama resort ini - "Langkawi Lagoon Resort", serta pilih mana satu bilik yang bersesuaian dengan bajet dan kehendak anda. Jadi, tunggu apa lagi jom cepat booking resort dengan traveloka dan selamat bercuti ya gais!


korang boleh book langkawi lagoon resort online on Traveloka

You May Also Like

0 comments