FILODOXIA - Filem Pendek Yang Mampu Meninggalkan Kesan Kepada Anda !

FILODOXIA - Filem Pendek Yang Mampu Meninggalkan Kesan Kepada Anda !

FILODOXIA - Filem Pendek Yang Mampu Meninggalkan Kesan Kepada Anda ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi nak ajak anda semua untuk tonton sebuah filem pendek yang pastinya akan mengingatkan anda bahaya jika menggunakan telefon pintar mudah alih semasa memandu. Syahiran Sukardi, dalam arahan filem pendeknya "FILODOXIA" mampu meninggalkan kesan kepada penonton selepas menonton filem pendek itu.

FILODOXIA - Filem Pendek Yang Mampu Meninggalkan Kesan Kepada Anda !

Filem pendek "FILODOXIA" yang berdurasi selama 4 minit 58 saat ini mengisahkan seorang lelaki yang baru sahaja memulakan kerja ditempat barunya. Disebabkan keterujaannya dalam media sosial, beliau merakam beberapa detik yang menarik untuk dikongsikan bersama rakan media sosialnya. Bermula dari hari pertama bekerja sehingga setiap kerjanya direkod untuk tujuan perkongsian. Akibat dari itu, beliau tidak tahu yang perbuatannya itu membahayakan dirinya.

FILODOXIA - Filem Pendek Yang Mampu Meninggalkan Kesan Kepada Anda !

Untuk pengetahuan anda, penglibatan filem pendek ini sebagai menyokong kempen jalan raya yang dianjurkan oleh pihak PLUS Malaysia Berhad. Jadi Momi nak ajak anda semua untuk undi filem pendek FILODOXIA di www.plusmuforsroadreels.com.my sebagai tanda sokongan ! Caranya adalah seperti berikut :

1 - Buka website www.plusmuforsroadreels.com.my

2 - Cari video 'FILODOXIA - Shahiran Bin Sukardi' dan klik pada gambar.

3 - Sebelum mengundi, anda perlu 'CONNECT TO FACEBOOK' anda.

4 - Selepas berjaya, sila vote ya! Setiap satu akaun Facebook hanya boleh undi 5 kali sahaja.

5 - Undi sebelum 20 Mei 2017 (SABTU) pada jam 11:59 PM.

Goodluck kepada team FILODOXIA !

Post a Comment

1 Comments

Lea Azleeya said…
dtg menyinggah dan follow blog ni.. :)