Syahadah 2017 - Bertemakan 'Raikan Nur Islam' Ramadan Ini!

Syahadah 2017 - Bertemakan "Raikan Nur Islam" Ramadan Ini!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera gais! Rancangan Syadah kembali untuk tahun 2017 dengan bertemakan "Raikan Nur Islam" sepanjang bulan Ramadan ini di TV1. Musim kali ini merupakan musim ke-12 Syahadah sejak penerbitannya pada tahun 2005. Sebanyak 30 episod yang akan diterbitkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula 25 Mei 2017.

Rancangan Syahadah ini telah diterbitkan oleh Unit Majalah Dan Dokumentari (UMD) RTM. Syahadah kali ini bakal memaparkan keindahan Islam di negara Maghribi (Morocco) dan asimilasi budaya saudara kita (mualaf) di Malaysia. Dua kumpulan penerbitan telah ditubuhkan untuk musim terbaru Syahadah ini. Produksi di Maghribi diketuai oleh Rosli Mohd Nordin dan terbitan di Malaysia pula diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar. 

Syahadah 2017 - Bertemakan "Raikan Nur Islam" Ramadan Ini!

Episod Syahadah telah dibahagikan sebanyak 15 episod yang memaparkan kisah mualaf di Malaysia dan 15 episod lagi akan memaparkan kisah berkenaan Maghribi. Bagi 15 episod pertama (Malaysia), Syahadah berkongsi suka duka kehidupan ikon dakwah saudara kita iaitu Ustaz Mohd Farid Ravi, Ustaz Fiordaus Wong atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus, Adam Corrie dan Muhamad Roger Arnold. Selain itu, dipaparkan juga kisah mengenai keunikan senibina masjid di Malaysia. Antaranya adalah masjid Zahir di Kedah, Masjid Cina di Melaka dan Masjid India di Kuala Lumpur.

Syahadah 2017 - Bertemakan "Raikan Nur Islam" Ramadan Ini!

Syahadah 2017 juga bakal menyiarkan mengenai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang membantu umat Islam yang kurang bernasib baik untuk mereka meneruskan survival kehidupan harian mereka. Antara NGO yang bakal diketengahkan dalam Syahadah 2017 ialah EZ Qurban, Persatuan Orang Buta Malaysia, Islamic Relief dan Aman Palestin.

Syahadah 2017 - Bertemakan "Raikan Nur Islam" Ramadan Ini!

15 episod Maghribi pula, Syahadah 2017 akan memberikan tumpuan kepada kehidupan harian rakyat Maghribi yang kurang mendapat pendedahan di negara ini. Antara bingkisan dari negara Maghribi adalah bagaimana peranan kedutaan Malaysia di Rabat menjadi ejen kepada kedua buah negara - Malaysia dan Maghribi dalam menjaliankan hubungan 2 hala dalam pelbagai dimensi. Selain itu, Syahadah juga menyiarkan bagaimana keadaan umat Islam di Maghribi menjalani ibadah puasa  mereka, keunikan seni dan budaya mereka seperti seni binaan masjid, bangunan lama, menara, kota, makanan muzik, dan  persembahan tradisi.

Syahadah 2017 - Bertemakan "Raikan Nur Islam" Ramadan Ini!

Pada 21 April 2017 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Tajaan Syahadah 2017 - Tajaan kos produksi dan tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama yang berjumlah RM246,000.00 (Kos Produksi - RM200,000.00, Tajaan Hadiah - RM46,000.00) oleh pihak EZ Group yang diwakili oleh SYarikat EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman dn Asianic kepada RTM.

Syahadah 2017 - Bertemakan "Raikan Nur Islam" Ramadan Ini!

Syahadah 2017 - Bertemakan "Raikan Nur Islam" Ramadan Ini!

Saksikan Rancangan 'Syahadah' 2017 yang bertemakan "Raikan Nur Islam" , Setiap Hari sepanjang bulan Ramadan di TV1 dan TV2. Syahadah 2017 juga boleh tonton menerusi myklik.rtm.gov.my & aplikasi RTM Mobile.

Jadual Tayangan Syahadah 2017

TV1 - 6.00 Petang, 9.30 Malam & 5.30 pagi 
TV2 - 7.00 Malam & 10.00 Malam


Post a Comment

0 Comments