Kong : Skull Island - Movie Review

Kong : Skull Island - Movie Review

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem aksi dan pengembaraan iaitu filem 'Kong: Skull Island'. Filem ini merupakan filem kedua dalam 'Legendary' Monsterverse (yang pertama, filem "Godzilla" (2014)) dan filem 'reboot' dari siri filem 'King Kong'. Filem ini mendapat sambutan yang baik dikalangan penontonnya. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Kong : Skull Island - Movie Review
Sinopsis Kong : Skull Island
Filem Kong : Skull Island yang berdurasi selama 1 Jam 15 Minit ini mengisahkan tentang sepasukan pengembara telah menemui sebuah pulau prasejarah yang mana mereka bertemu dengan King Kong. Mereka kemudian menyedari Kong bukanlah satu-satunya makhluk misteri di pulau itu. Terdapat pelbagai rintangan yang mereka harus hadapi untuk keluar dari pulau tersebut. (Trailer Kong : Skull Island 2017)

Filem yang ini merupakan arahan Jordan Vogt-Robert dan dibintangi oleh Tom Hiddleston, Brie Larson, Samuel L. Jackson, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Toby Kebbell, John Goodman, John C. Reilly dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX.

Kong : Skull Island - Movie Review

Momi Review's
Dengar ramai orang bagi review filem ni best, terus nak pergi menonton dekat wayang. Jalan cerita yang menarik walaupun permulaannya sedikit lambat. Bila kemunculan King Kong, baru rasa ada rasa aksi, lagi-lagi masa 'first time' Kong berhadapan dengan manusia.  Menariknya, semua hidupan Skull Island memang besar-besar belaka (kecuali manusia) termasuklah labah-labah, sotong, kerbau dan banyak lagi. Anda pasti akan rasa berdebar dengan kemunculan binatang besar dan pelik.

Keseluruhannya, Kong : Skull Island sebuah filem yang baik dan menarik untuk ditonton. Sila tunggu sampai habis credit, sebab ada post-ending tau. Untuk pengetahuan anda, filem ini bakal ada sekuel. dimana King Kong dan Godzilla bakal bertarung dalam filem 'Godzilla Vs Kong' yang bakal ditayangkan pada Mei 2020. Okay tak sabar nak tunggu ! hehe.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

Poster Kong : Skull Island 2017 Download | Kong : Skull Island 2017 Subtitle | Sinopsis Kong : Skull Island 2017 Synopsis | Poster Kong : Skull Island 2017 Review | Kong : Skull Island 2017 Malay Subtitle | Kong : Skull Island 2017 Torrent | Review filem Kong : Skull Island 2017 | Barisan pelakon Kong : Skull Island 2017 |  Review filem Kong : Skull Island 2017 Bahasa Melayu | Review Kong : Skull Island 2017 Malay |

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
Lamanya 2020 baru keluar sequelnya ehehe
Rafzan Tomomi said…
haah, nak beri laluan untuk filem Godzilla ke-2 pada 2019 :)