Nak Makan Mana ? Segalanya Ada Dalam Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan !


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Persoalan anda tentang 'Nak Makan Mana?' kini sudah terjawab! Pada 21 April lalu, aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) telah dilancarkan secara rasminya di Jibby East, Sunway Montana. Terdapat beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman yang unik buat pencinta makanan diluar sana.


Aplikasi yang diilhamkan daripada porgram kembara makanan popular di TV3 iaitu "Jalan-Jalan Cari makan", membolehkan pengguna mendapatkan info-info mengenai tempat-tempat menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan-Jalan Cari Makan selain beberapa lagi fungsi menarik yang lain. Menariknya, ada fungsi baru untuk pengguna mendapat tawaran diskaun dan potongan hebat sehingga 70% menerusi paparan Offpeak di restoran dan tempat makan seluruh negara.



Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Hanya menggunakan aplikasi JJCM ini, pengguna tak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama di restoran kegemaran mereka. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang anda makan, tanpa sebarang caj tambahan.


Langkah-Langkah Menggunakan Aplikasi JJCM 

1 - Pilih restoran pilihan anda.
2 - Masukkan nombor telefon anda.
3 - Kemudian, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung.
4 - Seterusnya, anda akan menerima pengesahan tempahan melalui email.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi JJCM telah diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna, jadi ia tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi ini telah mencatat lebih 250,000 muat turun sejak tahun 2015. Menariknya pengguna boleh komen dan memberi cadangan tempat yang mereka pernah kunjungi. Dengan ini, pengguna lain juga boleh melihat apa ulasan pengguna lain tentang tempat tersebut.

kredit : penaberkala.com

Kempen #SeringgitSeribuKebaikan 
Pada masa yang sama, pihak Media Prima Digital dan aplikasi JJCM turut melancarkan tabung derma untuk kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana dan berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadan ini. Bantuan anda yang terkumpul akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sekitar Johor dan Terengganu selama 5 hari.


Dengan kerjasama CJ WOW SHOP, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.cjwowshop.com.my. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati untuk menyumbangkan barangan Mamee kepada anak-anak bertuah ini. Kempen ini akan berlangsung pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2017.



Cara untuk memberi sumbangan, klik pada tautan #SeringgitSatuKebaikan dan pilih nilai sumbangan yang nak anda ingin salurkan antara RM1, RM5 dan RM10. Sumbangan boleh dibuat melalui bank yang terpilih. Jangan lupa, muat turun apllikasi JJCM di Apple Store bagi pengguna IOS dan Play Store bagi pengguna Android. Download jangan tak download ya. Jika anda ada rezeki lebih, jom kita hulurkan derma serendah RM1 bagi membiayai juadah berbuka puasa mereka yang tidak berkemampuan Ramadan ini.


Alhamdulillah. Pada malam tersebut, Momi telah berjaya memenangi voucher RM100 Aeon. Memang tak sangka betul hehe. Terima kasih JJCM & Media Prima untuk hadiah voucher ini. Announcement seperti dalam video di atas ! :) Terima kasih Dayah Bakar sebab upload .

Screenshot dari Aplikasi JJCM

Facebook Rasmi Jalan-Jalan Cari Makan
https://www.facebook.com/JJCMTV3/

Instagram Rasmi Jalan-Jalan Cari Makan
https://www.instagram.com/jjcmtv3/

Muat Turun Aplikasi JJCM
IOS - Apple Store 
Android - Play Store
Laman Rasmi Offpeak Malaysia
http://offpeak.my/

Laman Rasmi Mamee Double Decker
http://www.mamee.com/


Post a Comment

15 Comments

suka tgk jjcm ni...iolss food hunter. Memang membantu ni 😘😘
Nisa Kay said…
haa lepas ni kalau gaduh lagi nak makan mana tak tahu laaa
Mahamahu said…
Ala knp tak nak rujuk kat Mahamahu jer hehehehe yang ni senang dalam mobile tapi kalau nak cari makan yang lebih banyak komen dan reviewnya kat Mahamahu ok..
Alia Farhan said…
Bgusnya ada apps ni..senang lepas ni boleh refer kat sni ja
Suria Amanda said…
Food hunter macam akak kena ada apps ni la..selau payah nak cari tempat makan best
Māmy Syu said…
AppsJJCM ni apps untuk buat restaurant reservations rupanya. Baru Annur faham. Selama ni Annur ingat dia apps macam foursquare tu hihihi
Hanny Abdullh said…
Ehhh bukan masa ni kita menang voucher RM500 kan kan...hehehe. Memang senang kalau ada apps ni...tak de lah blur tak tahu kat mana nak makan
Fieza Sani said…
Wah..wah..ada apps JJCM..so lepas ni tak pening cari tempat makan..kalau tak, dilema tiap kali keluar..'nak makan kat mana?'..'nak makan apa'..soalan rutin..lepas tu suami isteri diam tak tau nak bagi cadangan..haha
Azirahman said…
Wah dah ada app jjcm pulak. Lagi mudahlah macam ni bila tak tahu nak tuju makan kat mana. Bagus lah app macam ni.
Azlinda said…
wah..mudahlah macam ni. I like it !
Dedaun Comel said…
Memang best sekarang ni kan.. Tap perlu la gaduh dengan pasangan nanti kalau nak pilih tempat makan..

Dah ada apps ni lebih mudah nak cari tempat makan
Bro Framestone said…
Baru nak tanya siapa awek comel yang bergambar bersama momi... Dayah Bakar rupanya... comellll
Rawlins GLAM said…
Makin mudah la nak cari tempat makan yaang best kan melalui aplikasi ni
Wendy Pua said…
yeah, boleh pre-booking / rsvp sebelum pergi tempat disyorkan oleh jjcm!
cant wait to download and rsvp makan2