Adiwira Ku - Movie Review

Adiwira Ku - Movie Review

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang bergenrekan Drama iaitu filem 'Adiwira Ku'. Masa tengok trailer, terus rasa nak tengok filem ini. Menariknya filem ini diadaptasi dari kisah sebenar , sebab tu nak sangat pergi tengok. Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Adiwira Ku - Movie Review

Sinopsis Adiwira Ku
Filem 'Adiwira Ku' yang berdurasi 2 Jam 2 Minit ini mengisahkan tentang perjuangan dan pengorbanan seorang guru wanita yang mengharungi cabaran bagi mendidik pelajar yang dibelenggu permasalahan keluarga di SMK Pinang Tunggal, untuk mahir bertutur didalam bahasa Inggeris melalui pertandingan 'Choral Speaking'. (Trailer Adiwira Ku 2017)

Filem yang ini merupakan arahan Eric Ong. Filem ini dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D.

Adiwira Ku - Movie Review
Poster Adiwira Ku


Momi Review's
Wajib tengok gais ! Sebuah filem yang sangat menarik dari segi jalan ceritanya. Lepas menonton, teringat pulak pada filem 'Ola Bola' dan 'Talentime'. Jarang-jarang sekarang tengok filem kita ketengahkan kisah pelajar sekolah dan cikgu. Menariknya lagi filem ini adalah berkaitan dengan 'Choral Speaking'. Rasa macam mengimbau kenangan masa zaman sekolah dulu.

Dari segi lakonan, watak Cikgu Cheryl Ann Fernando (lakonan Sangeeta Krishnasamy) memang terbaik. Lepastu menariknya lakonan watak-watak pelajar dalam filem ini sangat best, mungkin sebab mereka adalah watak dari kisah sebenar, bila mereka lakonkan semula, nampak lagi best. Satu lagi, sila sediakan tisu banyak-banyak, sebab anda pasti akan sebak menonton beberapa adengan yang sedih. Semestinya anda akan faham apa yang dimaksudkan dengan 'Adiwira Ku'.

Keseluruhannya, sebuah filem yang sangat baik dan wajib untuk ditonton. Actually cerita-cerita macam ni pon best tau, lebih kepada realiti kehidupan dan mungkin kita pernah lalui dulu masa zaman sekolah. Jangan lupa pergi menonton ya. 'Sakit itu sementara, Kegemilangan Itu Selamanya !' - Adiwira Ku

Tengok video Choral Speaking yang sebenar! (Thanks to uploader : Andrew Tan)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

Poster Adiwiraku 2017 Download | Adiwiraku 2017 Subtitle | Sinopsis Adiwiraku 2017 Synopsis | Poster Adiwiraku 2017 Review | Adiwiraku 2017 Malay Subtitle | Adiwiraku 2017 Torrent | Review filem Adiwiraku 2017 | Barisan pelakon Adiwiraku 2017 |  Review filem Adiwiraku 2017 Bahasa Melayu | Review Adiwiraku 2017 Malay |

Post a Comment

4 Comments

dorsett pink said…
Good review! Kawan2 pun ramai yg recommend suruh pi tgk citer ni...
Rafzan Tomomi said…
yes . wajib tengok :)