Rings - Movie Review


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem 'Rings'. Filem ini merupakan sekuel 'The Ring' yang ditayangkan pada tahun 2002. Filem 'Rings' mula ditayangkan sejak 9 Februari 2017 lalu dan ramai yang memberi pandangan elepas menonton filem ini.  Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)


Sinopsis Rings
'Rings' mengisahkan tentang sebuah video yang menghantui dan membunuh sesiapa sahaja yang menonton sumpahan pita video tersebut. Selepas habis menonton, akan dapat panggilan misteri dari seorang budak dengan menyebut "7 Days" (7 Hari). Gabriel, Hotlt & Julia bersatu untuk mencari jawapan, dari mana datang video misteri itu. (Trailer Rings 2017)

Filem yang bergenre seram ini merupakan arahan F. Javier Gutiérrez dan dibintangi oleh Matilda Lutz, Alex Roe, David Dorfman, Johnny Galecki, Aimee Teegarden dan ramai lagi. Filem yang berdurasi selama 1 Jam 42 Minit ini diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D dan 2D D-BOX.


Momi Review's
Momi tak berapa ingat sama ada pernah menonton filem pertamanya, sebab dulu tak suka filem hantu. Bila tengok filem yang terbaru ni, Momi rasa teruja nak tengok sebab ada beberapa scene masa trailer. Ada beberapa adengan yang Momi tergelak, bukan sebab apa, sebab teringat adengan tu dalam filem parody, Scary Movie 3 (kalau anda pernah tengok, mesti teringat). 


Ada beberapa adengan lain pula mengingatkan Momi dekat filem "Final Destination" (2000) dan Don't Breath (2016). Boleh rasa macam anda menonton filem tu hehe. Filem ini menariknya tak banyak 'jump scare'. Jalan ceritanya okay sahaja sebab dah tahu bagaimana senario yang akan terjadi tapi pada bahagian ending ada 'plot twist'. Berkemungkinan ada sekuel kot? hehe. Keseluruhannya, Momi boleh katakan okay sahaja dan tahap seram tak sangat. Kalau anda nak tengok, silalah ke panggung wayang berdekatan okay. :)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG

Poster Rings 2017 Download | Rings 2017 Subtitle | Sinopsis Rings 2017 Synopsis | Poster Rings 2017 Review | Rings 2017 Malay Subtitle | Rings 2017 Torrent | Review filem Rings 2017 | Barisan pelakon Rings 2017 |  Review filem Rings 2017 Bahasa Melayu | Review Rings 2017 Malay

**all photos taken from comingsoon.net

Post a Comment

2 Comments

Pojiegraphy said…
Jeng jeng jeng. RING kembali mengganas! Suka tengok movie bergenre seperti ini
Rafzan Tomomi said…
hehehehe filem seram memang nak tengok tapi tak suka part jump scare haha