Resident Evil: The Final Chapter - Movie Review

Resident Evil: The Final Chapter - Movie Review

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Movie Review kembali untuk tahun 2017! Filem pertama yang Momi tonton tahun 2017 ialah Resident Evil: The Final Chapter. Sejujurnya rasa teruja nak tonton filem ini kerana trailernya yang gempak. Momi pernah tengok filem pertamanya sahaja dan terus skip tengok chapter terakhirnya haha. kau rase?


Filem arahan Paul W. S. Anderson ini telah ditayangkan sejak 19 Januari 2017 lalu. Filem ini dibintangi oleh Milla Jovovich sebagai peneraju utama, kalau tengok je muka dia, mesti ingat 'Resident Evil'. Filem ini juga menampilkan pelakon lain seperti Ali Larter, Shawn Roberts, William Levy, Ruby Rose, Iain Glen, Eoin Macken, Lee Joon-Gi dan ramai lagi.

Sinopsis Resident Evil: The Final Chapter
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 47 Minit ini mengisahkan tentang Alice menghadapi misi terakhirnya dan perlu bergegas ke Raccoon City, di mana The Red Queen cuba merancang untuk menyaksikan kemusnahan manusia. Pada awalnya Alice mengalami beberapa kesukaran untuk ke sana. Kemudiam dia dan rakan-rakannya perlu menempuh pelbagai cabaran dan serangan zombi untuk ke Raccoon City. Klasifikasi untuk filem 'Resident Evil: The Final Chapter' ialah 18. Sila jangan bawa anak kecil ya hehe.

Resident Evil: The Final Chapter - Movie Review

Zombie Sekampung
Momi memang suka filem zombie, so sangat puas tengok zombie dalam filem ini. Menakutkan betul tengok zombie yang kejar mangsa dia, kemain kejar sampai ke hujung dunia haha. Rasanya macam ada lebih sejuta. Bukan sahaja zombie, ada juga makhluk pelik-pelik yang ganas tapi seakan zombie pon banyak juga (tak tahu nama makhluk tersebut hehe.)

Jalan Cerita?
Jalan ceritanya dah boleh agak dan memandangkan ini merupakan final chapter, penonton mengharapkan lebih. Bagi Momi jalan ceritanya okay sahaja. Bila tengok filem Resident Evil, anda kena bersiap sedia untuk terkejut dengan kehadiran zombie atau sama waktu dengannya. Bila part yang sunyi, senyap ni, Momi akan mula tutup telinga sebab takut terkejut haha.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG


Poster Resident Evil: The Final Chapter 2017 Download |  Resident Evil: The Final Chapter 2017 Subtitle | Sinopsis Resident Evil: The Final Chapter 2017 Synopsis | Poster Resident Evil: The Final Chapter 2017 Review | Resident Evil: The Final Chapter 2017 Malay Subtitle | Resident Evil: The Final Chapter 2017 Torrent | Review filem Resident Evil: The Final Chapter 2017 | Barisan pelakon Resident Evil: The Final Chapter 2017  Review filem Resident Evil: The Final Chapter 2017 Bahasa Melayu | Review Resident Evil: The Final Chapter 2017 Malay

**all photos taken from google.

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
saya pun dah tonton jgak. saya bagi 3/5 bintang.
Rafzan Tomomi said…
hehe boleh la kan hehe :)