Produk Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati
Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Entri kali ini, Momi nak review mengenai produk minuman keluaran POKKA. Produk-produk POKKA merupakan salah satu jenama yang Momi sering nampak bila pergi kedai-kedai 24 jam atau pasaraya dan Momi sebenarnya salah seorang pengguna tegar produk dari POKKA.

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati

Serba Sedikit Mengenai POKKA
POKKA telah ditubuhkan pada tahun 1977 oleh syarikat induk Pokka Corporation yang asalnya di Jepun (http://www.pokka.co.jp/). Di Malaysia, Pokka Corporation (S) Private Limited, ditubuhkan pada April 1995 untuk mengembangkan lagi perniagaan POKKA di Malaysia. Pada tahun 2007, Pokka menjadi "pilihan minuman jenama" utama kepada gaya hidup dan kesihatan pengguna. Untuk pengetahuan anda, ada lebih daripada 60 jenis minuman POKKA dikeluarkan di Malaysia dan Singapura untuk diedarkan di pasaran tempatan. Semua produk keluaran POKKA telah mendapat sijil HALAL dari JAKIM. Jadi anda boleh minum tanpa was-was ya.

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati

Produk minuman keluaran POKKA yang paling menjadi kegemaran ramai ialah Green Tea (Teh Hijau). Ia menjadi pilihan ramai kerana cara pemilihan daun teh hijau ini dilakukan dengan teliti dan cara prosesnya tidak menjejaskan kualiti dan khasiat teh hijau tersebut. No wonderlah rasanya memang dia memang sedap dan menjadi kegemaran ramai.

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati

Beberapa produk POKKA yang Momi cuba, ternyata memang kena dengan selera Momi.Lagi-lagi MELON MILK. Yang ni memang dah selalu beli sebab rasa tembikai susu yang lazat dan rasa nak minum lagi dan lagi hehe. 1L tetra Melon Milk ni boleh habis dalam masa 5 minit je kalau Momi minum haha. Sememangnya menjadi kegemaran Momi.

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati

Momi juga baru mencuba minuman POKKA yang berasaskan kopi iaitu Premium Milk Coffee. Momi bukanlah peminat perisa kopi tapi Milk Coffee ni minuman ni Momi rasa macam sedap pulak. Mungkin rasa dia kena kot pada selera Momi. Sedap . Haa jom tengok beberapa minuman POKKA yang lain :

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati
 Kopi Cappucino

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati
Susu Cookies & Cream

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati
Honey Lemon

Haa yang mana sebelum ni pernah tengok tapi jeling-jeling je, nanti anda pergilah cuba beli dan minum ya. Mana tahu sekali dah minum, jatuh cinta pulak hehe.

Pokka Product Review Produk : Minuman Pokka - Sedap Dan Mudah Didapati

Untuk maklumat lanjut mengenai produk POKKA, sila layari :
Laman Rasmi POKKA Malaysia - www.pokka.com.my
Facebook rasmi POKKA - https://www.facebook.com/POKKAMY

Post a Comment

4 Comments

Galaksi Viral said…
susu tembikai tu cam sedap je. hihi.
Seorang Syed said…
waaaa banyaknya collection air Pokka! semuanya nampak sedap hehe.
Rafzan Tomomi said…
bukan macam tapi memang sedap hehe
Rafzan Tomomi said…
hehehe memang sedap :D